Rozita Che Wan atau Che Ta telah membidas netizen yang mengecam Fathia Latiff sehingga face shaming.

Segalanya bermula apabila Che Ta bergambar dengan Fathia Latiff. Che Ta terkejut dengan komen segelintir netizen yang mengutuk wajah Fathia Latiff.

Che Ta melabel netizen ini sebagai melakukan face shaming ke atas Fathia.

Dan menyindir, mereka yang mengutuk Fathia ini mungkin wajah mereka pun macam siku sahaja.

Dipetik dari Mstar Online, Che Ta berkata: “Saya terkejut apabila gambar kami bersama menjadi kecaman netizen. Tak baiklah, jangan face shaming. Saya teringin nak tengok muka orang yang selalu mengata tu…kau cantik macam mana? Lawa macam Fathia tak?

“Kadang-kadang yang mengata tu tak pernah tengok cermin. Muka kau pun macam siku saja,” kata Che Ta kegeraman.

Che Ta turut meminta netizen menunjukkan rasa empati ke atas Fathia Latiff. Kerana kita semua tidak tahu apa yang dilaluinya.

“Mungkin dia terlalu kecewa dan tiada sokongan. Sesiapa sahaja kawan saya, saya ok sahaja. Kalau mereka berada dalam keadaan tak stabil atau ada masalah, kita kena sentiasa sokong dan bersama dia,” tegas pelakon veteran itu.

Seterusnya, Che Ta mendedahkan bahawa Fathia merupakan seorang gadis yang manja. Mereka berdua pernah berkongsi set satu ketika dahulu dan sangat rapat.

Malangnya, sejak akhir akhir ini Che Ta tidak mempunyai kesempatan untuk bersembang dengan Fathia. Namun dia sentiasa berharap Fathia akan menjaga dirinya dengan baik.

Fathia Latiff seringkali menjadi sasaran netizen setelah terlibat dalam beberapa siri kontroversi dalam membuat kenyataan dan perang di media sosial dengan rakan artisnya.