Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin mencipta sensasi mara ke suku akhir Kejohanan China Masters 2024 selepas mengejutkan gandingan ranking nombor tiga dunia, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin pada aksi yang berlangsung di Shenzhen Sports Center sebentar tadi.

Pasangan beregu campuran sedang meningkat naik itu jelas tidak menghiraukan reputasi hebat Zhen Bang-Ya Xin yang pernah memenangi lapan kejuaraan dalam siri Jelajah Dunia.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

Malah, mereka yang kini menghuni ranking ke-23 dunia itu tampil dengan cukup meyakinkan walaupun tewas 16-21 pada set pertama.

Kekalahan itu jelas meningkatkan lagi moral Pang Ron-Su Yin untuk kembali bangkit dan ia jelas dibuktikan apabila mereka menang set kedua 21-14 bagi mengheret aksi ke set penentuan.

Saingan hebat diberikan jelas membuatkan Zhen Bang-Ya Xin berada dalam keadaan tekanan dimana banyak kesilapan mudah dilakukan pasangan China itu.

Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Hoo Pang Ron dan Cheng Su Yin untuk memastikan kejutan dilakarkan dengan kemenangan 21-19.

Menanti mereka di suku akhir esok ialah Chen Cheng Kuan-Hsu Yin-Hui dari Chinese Taipei yang turut menewaskan wakil tuan rumah, Chen Xing-Zhang Chi,

Sebelum itu satu lagi pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut terpaksa beraksi hingga ke set ketiga untuk menundukkan Thom Gicquel-Delphine Delrue dari Perancis dengan kemenangan 14-21, 23-21, 21-8.

Dengan kemenangan tersebut, Tang Jie dan Ee Wei akan berhadapan dengan Guo Xin Wa-Chen Fang Hui dari China.

Sementara itu pasangan Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien gagal menggunakan kelebihan menang set pertama apabila tunduk kepada beregu campuran pilihan ketiga kejohanan dari Hong Kong, Tanh Chun Man-Tse Ying Suet 21-17, 15-21, 9-21.