Kumpulan rock alternatif popular Coldplay telah menjelajah ke serata dunia dan pertama kali hadir ke Malaysia pada 22 November 2023 untuk konsert yang di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Seperti yang didedahkan oleh akaun Coldplay Charts X, persembahan di Malaysia untuk Jelajah Dunia Muzik Sfera adalah konsert yang paling ramai dihadiri sepanjang kerjaya Coldplay, dengan penjualan tiket sebanyak 81,812.
Baca Juga:
- Konsert Coldplay Di Kuala Lumpur Berjaya Jana Keuntungan Sebanyak RM51 Juta
- TMJ Kongsi Keadaan Padang SNBJ Selepas Konsert Coldplay
- Rasmi! 90% Peminat Coldplay Di Malaysia Pulangkan Gelang Tangan
🇲🇾 @Coldplay's gig at Kuala Lumpur's Bukit Jalil National Stadium grossed $10,904,369 from 81,812 tickets sold.
— It's the most attended concert of their career! pic.twitter.com/BMyMpTahis
— Coldplay Charts (@coldcharts) February 8, 2024
Lebih-lebih lagi, konsert Kuala Lumpur itu turut meraih kutipan AS$10,904,369 atau lebih kurang RM51,953,866. Satu jumlah yang cukup besar berjaya dikutip oleh kumpulan berkenaan.
Selepas jumlah kutipan didedahkan kepada ramai, muncul persoalan mengenai berapa jumlah wang yang diperoleh Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) selaku pengelola venue bagi konsert tersebut.
Harus diingat, konsert tersebut meninggalkan kesan mendalam terhadap permukaan padang SNBJ yang baru sahaja ditanam rumput Zeon Zoysia ketika itu dimana terdapat beberapa bahagian yang terjejas.
Hasilnya, perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu diadakan di atas permukaan yang tidak rata sehingga menyebabkan kecederaan terhadap beberapa pemain kedua pasukan.
PSM kemudiannya menerima kritikan hebat daripada peminat bola sepak tempatan apabila gagal memastikan keadaan padang berada di tahap terbaik. Badan itu mengakui tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk memperbaiki padang tersebut selepas berakhirnya konsert Coldplay.
“PSM tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membaiki atau mengembalikan padang ke tahap optimum selepas konsert Coldplay yang telah berlangsung pada 22 November 2023 yang lalu,.
“PSM komited melakukan penambahbaikan Standard Operating Procedure (SOP) untuk pengurusan acara-acara di SNBJ pada masa hadapan,” kata kenyataan rasmi PSM.