Bintang Chelsea, Cole Palmer mengambil positif insiden yang menyaksikan perbalahannya bersama Nicolas Jackson dan Noni Madueke ketika aksi bertemu Everton, awal pagi tadi.

Sudah mendahului 4-0, Chelsea kemudiannya dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-61 selepas Madueke dikasari oleh James Tarkowski.

Baca Juga:

Situasi sama ketika berhadapan Manchester United, Madueke merasakan beliau lebih layak untuk mengambil sepakan itu kerana dirinya yang dikasari pertahanan lawan. Malah, Jackson turut serta untuk berbalah.

Keadaan itu memaksa ketua pasukan, Connor Gallagher masuk campur menenangkan dua pemain tersebut dan membiarkan Palmer yang masih berada di atas padang meskipun sudah meledakkan hatrik tetap mengambil tanggungjawab.

Selepas Palmer menyempurnakan sepakan itu, Jackson kelihatan seperti masih belum berpuas hati dimana beliau ditenangkan oleh Madueke dan Trevoh Chalobah.

“Pemain lain mahu mengambilnya adalah satu perkara yang boleh difahami, kedudukan ada ketika itu sudah 4-0, tetapi saya ditugaskan untuk mengambil sepakan penalti.”

“Saya mahu mengambilnya dan saya melakukannya, tetapi saya fikir kami cuba menunjukkan bbahawa semua orang mahu mengambil tanggungjawab.”

“Mungkin pertengkaran itu agak melampaui batas tetapi semua orang mahu menang dan membantu. Tetapi ia tidak serius mana pun, kami ketawa dan bergurau mengenainya.”

“Tetapi, pengurus (Mauricio Pochettino) telah memberitahu kami sekarang [mengenai Palmer yang akan ditugaskan mengambil sepakan penalti,” ujar Cole Palmer menurut sumber laporan Goal.

 

Sumber