Cole Palmer memuji pengurusnya, Xabi Alonso kerana berjaya mengeluarkan potensi sebenar dirinya di Chelsea.

Keadaan tersebut memberi gambaran bahawa dirinya sebelum ini dikekang secara taktikal oleh pengurus-pengurus terdahulu di Stamford Bridge.

Pemain antarabangsa England itu mempamerkan aksi cemerlang dalam kemenangan pada Isnin lalu ke atas Fulham apabila menjaringkan gol selain menunjukkan kebebasan yang menurutnya tidak dirasai sepanjang musim lalu.

Pemain berusia 24 tahun itu menjadi tonggak utama ketika Chelsea mencatat kemenangan 3-2 ke atas Fulham pada malam Isnin lalu dengan menjaringkan gol menarik selepas bergerak bebas sebelum menyudahkan gerakan yang dimulakan oleh Joao Pedro.

Prestasi mengagumkan itu menyerlahkan kebangkitan semula prestasinya di bawah kendalian Alonso.

Palmer mengakui pergerakannya ketika menjaringkan gol mendapat galakan secara langsung daripada pengurus baharunya itu sekali gus menunjukkan perbezaan ketara berbanding kekangan taktikal yang dihadapinya sebelum ini.

Peranan Penting Xabi Alonso Bantu Palmer

“Dia [Alonso] cuma berkata bahawa saya akan diberikan lebih kebebasan untuk bergerak di seluruh kawasan padang. Seperti yang anda lihat ketika saya menjaringkan gol itu,” ujar Palmer menurut sumber laporan Goal.

“Musim lalu, saya tidak akan melakukan larian seperti itu kerana ia bukan ‘zon selamat’.”

Palmer turut menjelaskan bagaimana Alonso menggesanya untuk melangkaui batasan taktikal yang terlalu ketat. “Dia berkata, ‘bergerak di kawasan itu, turun membantu rakan sepasukan, datang untuk menerima bola, cipta peluang dan lakukan sahaja apa yang anda nak lakukan’.”

Sumber