Thailand mendapat tonik berguna menjelang Piala Asia Futsal 2024 apabila peledak berbisa, Muhammad Osamanmusa dilepaskan oleh kelabnya, Cordoba Patrimonio de la Humanidad.

Kehadiran penjaring 12 gol dalam saingan Liga Futsal Sepanyol 2023/24 itu jelas dapat meningkatkan kekuatan skuad kendalian Miguel Rodrigo tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Selain Osamanmusa, Thailand turut memiliki pemain berpengalaman di posisi pivot iaitu Suphawut Thueanklang dan Peerapat Kaewwilai.

Satu keadaan yang memberikan lebih banyak pilihan buat Miguel untuk menggunakan pemain-pemain tersebut mengikut kesesuaian taktikal pengendali dari Sepanyol itu.

Malah, kelibat Osamanmusa pastinya ditagih Miguel berikutan kemaraan ke separuh akhir kejohanan yang berlangsung di Bangkok itu bakal membawa Thailand ke Piala Dunia Futsal 2024 (Uzbekistan).

Pada edisi 2022, Cordoba tidak melepaskan Osamanmusa kerana beliau pada ketika itu baharu sahaja menandatangani kontrak bersama kelab tersebut dan saingan liga bermula pada September.

Disebabkan kejohanan di Kuwait itu bermula pada 27 September, Osamanmusa terlepas peluang untuk mewakili negaranya yang menamatkan saingan di kedudukan keempat.

Kali ini rezeki menjadi milik beliau dimana kempen Liga Futsal Sepanyol hanya berbaki empat perlawanan untuk berakhir dan Cordoba kelihatan sedikit sukar untuk menamatkan saingan di kedudukan lapan pasukan teratas.

Lapan pasukan teratas liga akan beraksi di peringkat ‘Big 4’ untuk merebut gelaran juara.

Bagi aksi Piala Asia Futsal 2024, Thailand diundi dalam kumpulan A bersama Vietnam, Myanmar dan China. Satu undian yang dilihat memberikan ruang luas buat mereka untuk mara ke suku akhir berdasarkan prestasi terkini skuad Gajah Perang itu.