Malaysia terlepas peluang untuk mengikat gergasi Asia, Thailand apabila tewas 1-2 pada aksi kedua Kejuaraan Futsal NSDF 2024 yang berlangsung di Nonthaburi, sebentar tadi.
Thailand jelas memandang serius perlawanan bertemu Malaysia setelah menurunkan trio bintang iaitu Jirawat Sornwichian, Apiwat Chamchaerom dan Suphawut Thueanklang yang direhatkan pada aksi semalam.
Baca Juga:
- Futsal NSDF 2024: Malaysia Bangkit Ikat Afghanistan 3-3
- Liridon Krasniqi Tampilkan Kelincahan Di Kancah Futsal Jerman
- VIDEO: Gol Roket Kaki Kiri Muhammad Osamanmusa Dalam Liga Futsal Sepanyol 2023/24
Reputasi besar dimiliki Thailand jelas dibuktikan dengan penguasaan permainan serta deretan peluang dijelmakan skuad kendalian Miguel Rodrigo itu.
Keadaan itu membuatkan penjaga gol negara, Aiman Fikry Ramli bekerja keras untuk dalam mengawasi gawangnya sepanjang perlawanan.
Tuan rumah berada dihadapan pada minit kelima selepas Suphawut merampas bola dari kaki Ahmad Harith Na’im Mohd Nasir dan memberikan ruang buat Apiwat untuk merembat masuk gol pertama.
Thailand meningkatkan tempo permainan dengan mencipta banyak peluang tetapi penyudah tumpul serta ketangkasan Aiman menggagalkan usaha tersebut.
Memasuki minit ke-29, Thailand menambah jaringan kedua menerusi Alongkorn Janphon ketika situasi sepakan percuma dihadapan kawasan D Malaysia.
Empat minit kemudian, Awalluddin Mat Nawi dengan tenang merapatkan defisit jaringan bagi memberikan harapan buat skuad negara untuk bangkit.
Namun, dua peluang terbaik hadir menerusi Awalluddin dimana salah satunya menerusi taktikal ‘Power Play’ dinafikan penjaga gol, Arut Senbat untuk kedudukan 1-2 itu kekal hingga tamat permainan.
Kekalahan itu menyaksikan skuad negara kini menghuni tangga keempat dengan satu mata manakala Thailand terikat tiga mata bersama Australia di kedudukan kedua.
Skuad negara akan turun beraksi bertemu Australia pada Rabu ini jam 5.30 petang.