Bintang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo mencipta sejarah dimana beliau menjadi individu pertama di dunia yang meraih 1 Billion pengikut di laman sosial media.

Pemain berusia 39 tahun itu sudah mempunyai pengikut tertinggi di Instagram dan mencipta beberapa rekod di YouTube selepas membuka salurannya iaitu’UR. Cristiano.’

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Saluran itu mencapai 50 juta pengikut dalam masa kurang dari seminggu, yang mana merupakan rekod untuk platform itu. Ia mengambil masa hanya 90 minit untuk memecah 1 juta pengikut apabila video pertama dilancarkan pada 21 Ogos.

Ketua pasukan Portugal itu mempunyai lebih 100 juta pengikut di X dan lebih daripada 600 juta pengikut di Instagram. Ronaldo juga mempunyai lebih 170 juta pengikut di Facebook dan juga sangat popular di platform media sosial China.

Dalam satu mesej yang ditulis di laman X, Cristiano Ronaldo mengucapkan terima kasih kepada peminat yang telah menyokong beliau selama ini.

“Kita telah mencipta sejarah — 1 BILION pengikut! Ini lebih daripada sekadar angka – ia adalah bukti semangat, perpaduan dan cinta kami yang dikongsi bersama untuk permainan dan seterusnya.

‘Dari jalan di Madeira hingga ke peringkat terbesar di dunia, saya sentiasa bermain untuk keluarga saya dan untuk anda, dan kini 1 bilion daripada kita berdiri bersama. Anda telah bersama saya setiap langkah, melalui semua suka dan duka.

“Perjalanan ini adalah perjalanan kita, dan bersama-sama, kita telah menunjukkan bahawa tiada had untuk apa yang boleh kita capai. Terima kasih kerana mempercayai saya, atas sokongan anda, dan menjadi sebahagian daripada hidup saya. Yang terbaik masih akan datang, dan kami akan terus berusaha, menang dan mencipta sejarah bersama-sama,” kata Ronaldo.

Selain menjadi individu dengan pengikut terbanyak, Ronaldo baru-baru ini menjaringkan gol ke-901 beliau sejak bergelar pemain profesional.