Selepas Al-Nassr berjaya mendapatkan khidmat Joao Felix dari Chelsea, Cristiano Ronaldo mahu melihat seorang lagi pemain dari kelab London itu berkelana ke Arab Saudi.
Pemain yang dimaksudkan oleh Ronaldo iaitu bek kiri kental The Blues iaitu Marc Cucurella.
Baca Juga:
- Ini Sebab Cristiano Ronaldo Pilih Untuk Tak Hadir Ke Pengebumian Diogo Jota

- Ini Pandangan Cristiano Ronaldo Terhadap Lamine Yamal

- Ini Sebab Pakar Kewangan Bola Sepak Cadangkan Cristiano Ronaldo Melabur Di Cheltenham Town

Bintang kelahiran Sepanyol itu menjadi tonggak utama buat Enzo Maresca dalam membantu Chelsea menamatkan kempen liga di kedudukan keempat untuk mara ke UEFA Champions League (UCL) 2025-26 dan kemudiannya muncul juara UEFA Conference League dan Piala Dunia Kelab FIFA 2025.

Musim 2024/25 termasuk kejohanan di Amerika Syarikat itu, Cucurella telah membuat 54 penampilan bersama Chelsea dimana 36 daripadanya adalah dalam saingan EPL.
Satu keadaan yang menunjukkan bahawa Marc Cucurella merupakan sandaran utama buat Maresca.
Marc Cucurella Jadi Pilihan Cristiano Ronaldo
Melihatkan kepada keadaan tersebut, Ronaldo berpendapat Al-Nassr perlu mendapatkan khidmat Cucurella dalam usaha memantapkan lagi jentera pertahanan kelab tersebut.
Perkembangan tersebut disahkan Goal yang mendedahkan minat ditunjukkan Ronaldo dengan mencadangkan nama Cucurella sebaik sahaja Al-Nassr dan Chelsea bersetuju dengan perpindahan Felix.

Al-Nassr dan Cristiano Ronaldo pastinya sedikit tertekan dengan kegagalan meraih sebarang piala pada musim lalu walaupun skuad tersebut dibimbing oleh Stefano Pioli.
Kini Pioli sudah meninggalkan kelab tersebut dan tempatnya diisi pengendali kelahiran Portugal yang pernah membimbing Al-Hilal, Jorge Jesus.
Jhon Duran yang dibawa masuk pada Februari lalu telah dipinjamkan ke Fenerbahce untuk bekerjasama dengan Jose Mourinho.