Sebelum ini, penyanyi kontroversi Aliff Aziz telah membongkarkan cerita mengenai rumah tangganya bersama Bella Astillah menerusi satu podcast baru-baru ini.

Terkini, menurut laporan Oh! Bulan, Bella enggan memberi sebarang komen mengenai kemunculan suaminya, Aliff Aziz menerusi satu sesi podcast yang disiarkan oleh The CommonFolks SG.

Baca Juga:

Sumber Gambar: The Star

Menurut Bella, dia enggan memberi sebarang komen dan tidak mahu ditemu bual oleh pihak media susulan apa-apa isu yang membabitkan rumah tangganya.

“Maaf, saya tak nak komen (sambil bergegas keluar dari Majlis Bougas Raya Premiere’ di Petaling Jaya, sebentar tadi).

“Cuba interview Ruhainies pula,” katanya.

Ketika disoal sama ada sudah bersedia mengenai kes mahkamah yang akan datang ataupun tidak, ibu kepada dua orang cahaya mata ini menjawab yang dia bersedia dari segi mental mahupun fizikal.

Sebelum ini, adik kepada Bella iaitu Didi Astillah turut mendedahkan sebuah tangkap layar perbualan Aliff Aziz bersama Ruhainies tentang pelan menjatuhkan kakaknya di dalam podcast tersebut.

Diharapkan perbalahan ini dapat diselesaikan dengan cara terbaik dan tidak berpenjangan demi kebaikan masing-masing.