Cultured By Todak membuat kemunculan di pentas Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026, sekaligus membawa identiti gaming dan esports ke dalam dunia fesyen tempatan.
Dipersembahkan pada Hari Kelima KLFW 2026, pameran ini menandakan langkah penting bagi jenama itu kerana ia melangkaui barangan e-sukan tradisional dan beralih kepada dunia fesyen kontemporari.
Baca Juga:
- Ibu Dedah Juara Dunia Yums SRG, Anak Yang Taat, Jaga Solat Dan Pentingkan Pelajaran

- Ketagih ‘Diamond’ Mobile Legends, Setiausaha Kampung Ini ‘Gelapkan’ Wang Peruntukan

- Ejen Ali Gegarkan Pentas Dunia: Kolaborasi Epik Bersama Mobile Legends Di Kejohanan M7

Koleksi Cultured By Todak Diberi Nama Battlescars
Koleksi yang diberi nama Battlescars ini mencerminkan evolusi Todak yang lebih luas daripada jenama e-sukan kepada ekosistem gaya hidup yang merangkumi fesyen, permainan, industri kreatif dan komuniti.

CEO Cultured By Todak, Nurul Hakimi Haque Fazlul Haque berkata langkah ini menjadi satu langkah yang sangat penting bagi jenama itu yang menerokai pasaran selain E-sports.
“Ini merupakan permulaan kami untuk meneroka dunia selain E-sports. Kita juga mempunyai pengalaman dan kepakaran oleh Ibu Shinta yang merupakan Presiden & Co-Founder, PT Todak Nusantara Group.
“Kami melihat belum ada mana-mana pihak yang menerokai bidang ini. Oleh sebab itu kami memutuskan untuk terlibat dan mahu menjadi yang terbaik,” katanya.
Bagi Shinta, koleksi Cultured ini merupakan sebahagian daripada perjalanan Todak yang sudah lebih 10 tahun berada dalam industri.

“Saya fikir apa yang ingin kami sampaikan di sini ialah Todak telah menjadi nama besar dalam e-sukan selama hampir sedekad. Tetapi kami ingin menunjukkan bahawa e-sukan bukan sekadar tentang permainan, tetapi ia lebih daripada itu.
“Kami mahu bekerjasama dengan jenama-jenama besar yang lain. Apabila kita bercakap tentang e-sports, ia bukan sahaja tentang bermain permainan, tetapi sudah tentu ia termasuk komuniti, fesyen dan muzik,” kata Shinta.