Kecoh sejak akhir-akhir ini apabila Founder Misi yang popular dengan teori serta kejayaan mengumpul sehingga RM9 juta bagi membiayai kos perubatan bayi Naail.
Terbaharu, Founder Misi sekali lagi mencetus kontroversi apabila mahu memperkenalkan Misi Farms dalam usaha untuk menghapuskan orang tengah sekaligus menjadikan harga barangan basah lebih rendah.
Baca Juga:
- Hanya Tidur 3 Jam Sehari, Isteri Dedah Rutin Founder Misi Rakyat Demi Jayakan Kutipan RM9 Juta
- Sekadar Ambil Gambar Di Tanah Suci, Lelaki Ini Dedahkan Modus Operandi ‘Scammer’ Upah Badal Haji
Melabelkan rakyat sebagai kartel terbesar, Founder Misi dikatakan memerlukan RM20 juta dalam membolehkan usaha ini dapat dijayakan.
Lebih kontroversi, beliau turut memperkenalkan Misi Coin di mana beliau mendakwa matawang yang diperkenalkan ini lebih bernilai tinggi berbanding emas.
Jenaka pagi ini. 🤑 pic.twitter.com/pcksHhMOtH
— FE (@faizedzahar) June 28, 2023
Komen serta dakwaan yang dibuat dengan melabelkan Misi Coin lebih bernilai daripada emas ini secara tidak langsung telah mendapat perhatian para netizen.
Seperti yang diketahui ramai, emas merupakan logam yang sangat bernilai tinggi sejak berabad lamanya serta bernilai untuk dijual dan beli seluruh dunia. Dakwaan yang dibuat telah menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan netizen terhadap Founder Misi ini.
"Value Misi Coin lebih tinggi dari emas ?"
Beraninya beri kenyataan begitu "Founder Misi Rakyat" https://t.co/WUYowJ53fQ
— Nor Zaireen 🍁 (@ajai_consultant) June 28, 2023
Red flag terox https://t.co/tRv7kcU9FJ
— Alan (@alanrslee) June 28, 2023
Good luck for those who invested in 'Misi Coin'. Hopefully your money does not go Mis-sing. https://t.co/Sl6qBH95VG
— ShujiOkishima 🍉 (@shujio_) June 28, 2023
Sementara itu, terdapat juga penyokong Founder Misi yang yakin dengan kenyataan beliau di mana komen tersebut telah menerima ratusan likes.
Setakat ini, crowdfund RM20 juta yang baru sahaja dibuka bagi menjayakan Misi Farms ini sudah berjaya meraih lebih RM337,714.96. Sama-sama kita nantikan penjelasan lanjut daripada Founder Misi ini menerusi dakwaan yang dibuat terhadap Misi Coin dan emas ini.