Apabila berbelanja di pasaraya, kita sebagai pelanggan menolak troli sendiri. Akan tetapi, seorang usahawan kosmetik telah berkongsi sebuah video di TikTok miliknya mengatakan tidak puas hati dengan layanan pekerja di pasaraya Lotus’s.

Menerusi video yang dikongsikan kembali pengguna Twitter, usahawan tersebut mengatakan dia telah berbelanja sehingga RM5,000 di Lotus’s tetapi kecewa tidak menerima layanan istimewa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Tambahnya, dia berasa terkilan kerana terpaksa menolak troli berisi barangan dibelinya ke keretanya tanpa sebarang pertolongan daripada pekerja pasaraya.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mempersoalkan usahawan tersebut yang mahukan layanan istimewa di pasaraya itu.

https://twitter.com/fatmsya/status/1621040912293064705

https://twitter.com/iamagirlmf/status/1621041851133485056

Tidak hanya itu, ada juga netizen meminta agar usahawan tersebut muhasabah diri dan fikir kembali tindakan yang dilakukan itu. Hasil tinjauan kami ketika menulis artikel ini, video asal oleh usahawan tersebut telah dipadam.

https://www.tiktok.com/@kiedacrepe/video/7195628980886572314?lang=en

Menerima kecaman yang hebat daripada netizen, usahawan ini dengan penuh rasa rendah ini dilihat telah memuat naik video permohonan maaf secara terbuka yang mengakui beliau terkhilaf tidak membawa jumlah staf yang cukup dalam menguruskan barangan yang dibeli. Beliau akui apa yang dilalui oleh beliau adalah ujian buat beliau yang terlepas pandang isu ini.