Luis de la Fuente mengecam tindakan pemain Argentina terhadap barisan pemain Sepanyol selepas berakhirnya final Piala Dunia 2026, sambil memuji anak buahnya yang memilih untuk tidak melayan sebarang provokasi.
Ketua jurulatih Sepanyol itu turut mengimbau kejayaan menjulang trofi Piala Dunia dan menyifatkan kemenangan tersebut telah menyatukan seluruh rakyat negara itu di bawah semangat yang sama.
Beliau menyifatkan insiden yang berlaku selepas perlawanan itu sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima.
La Roja muncul juara selepas menewaskan Albiceleste 1-0 menerusi jaringan Ferran Torres pada masa tambahan, sekali gus menghadiahkan gelaran Piala Dunia kedua dalam sejarah bola sepak Sepanyol.

De La Fuente Kecam Pemain Argentina
“Saya tidak menyedari apa yang sebenarnya berlaku ketika itu kerana sedang meraikan kemenangan bersama orang lain dan berpelukan dengan rakan sepasukan,” ujar de la Fuente menurut sumber laporan Goal.
“Walau apa pun yang berlaku, saya menganggap tindakan seperti itu tidak boleh diterima, lebih-lebih lagi daripada pemain yang mempunyai reputasi sebesar mereka.”
“Sedangkan beberapa hari sebelum perlawanan, saya sendiri memuji mereka dan mereka juga dibimbing oleh seorang jurulatih yang hebat.”
“Saya juga fikir tindakan pemain kami wajar diberikan pujian kerana cara mereka menghadapi provokasi tersebut. Mereka kekal tenang sepanjang masa dan menunjukkan sikap sebagai ahli sukan serta pemain bola sepak yang profesional.”