Seperti ramai sedia maklum, isu melibatkan warga asing atau kenderaan menggunakan nombor plet negara luar mengisi minyak petrol RON 95 yang mempunyai subsidi akan semakin menjadi-jadi dalam negara.

Hal ini membuatkan, golongan ini berjaya meraih subsidi negara yang sepatutnya tidak diterima mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Terbaharu, dalam usaha untuk membendung isu ini, pengusaha stesen minyak yang membenarkan penjualan haram bahan api RON95 kepada kenderaan berdaftar asing boleh dikenakan denda bermula daripada RM1 juta sehingga RM3 juta.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Armizan Mohd Ali. Sumber: Utusan

Kenyataan ini telah diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Armizan Mohd Ali yang memaklumkan ini sebahagian daripada usaha kerajaan dalam mengelakkan berlaku ketirisan dalam subisidi minyak negara.

Selain itu, pihak kementerian mahu pastikan setiap syarikat stesen minyak bertanggungjawab dalam memastikan isu penjualan minyak kepada kereta berdaftar negara luar ini dapat dielakkan.

Sementara itu, pihak kementerian turut memaklumkan pelan subsidi bersasar termasuk minyak petrol sedang dirangka. Sementara itu, denda yang tinggi bakal turut dikenakan kepada stesen minyak yang didapati menjual minyak bersubsidi kepada golongan yang tidak sepatutnya menerima.

Stesen minyak yang melanggar peraturan bakal dikenakan denda melebihi RM1 juta untuk kesalahan pertama dan tidak lebih daripada RM3 juta untuk kesalah seterusnya atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya.

Menurut kementerian, sepanjang dua tahun terakhir ini, sebanyak 38 stesen minyak beroperasi di sekitar Malaysia-Thailang dan Malaysia-Singapura telah didenda kerana didapati menjual minyak RON 95 pada kenderaan dengan nombor pendaftaran negara luar.

Sebagai rekod, minyak RON 95 bagi satu liter di Singapura adalah sekitar US$2.76 (~RM12.82) manakala di Thailand adalah sekitar US$1.27 (~RM5.90).

Sementara itu, harga minyak RON 95 di Malaysia adalah RM2.05 bagi satu liter manakala minyak RON 97 dijual pada harga RM3.47.

Sumber