Kecoh baru-baru ini apabila Mizz Nina mendakwa Noh Salleh sudah hilang sepenuhnya hak penjagaan anak angkat mereka, Musa menerusi perjanjian yang pernah ditandatangani.

Noh Salleh walau bagaimanapun menafikan perkara tersebut serta menolak dakwaan Mizz Nina memaklumkan beliau berkomplot untuk menculik Musa seperti yang didakwa.

Baca Juga:

Terbaharu, Noh Salleh memaklumkan anak angkatnya, Musa cukup bahagia dan gembira sepanjang dalam jagaannya sekaligus menepis dakwaan Musa berdepan trauma. Penyanyi ini berpendapat Musa lebih trauma berada di bawah jagaan bekas isterinya Mizz Nina.

@ohbulanofficial

Moga isu ini boleh diselesaikan dengan cara terbaik buat kedua-dua belah pihak demi anak. #ohbulan #sembangentertainment #nohsalleh #mizznina #essam #kes #tarik #balik

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

“Hanya orang yang hebat jaga Musa sahaja yang boleh buat dia gembira. Selama tiga minggu dengan kami, bangun tidur dengan kita, dia sangat gembira.

“Saya tidak pernah tengok muka Musa gembira seperti itu. Mana pergi traumanya? Kau (Nina) tak pernah jaga dia, tinggal pergi dating, Amerika Syarikat. Yang jaga Musa bibik. Trauma itu bawah jagaan dia,” katanya.

Noh menjelaskan hal itu selepas mahkamah terima penarikan semula kes penjagaan penuh dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara anak angkatnya difailkan Mizz Nina di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini, hari ini.

Penyanyi itu juga sudah bersedia melakukan apa cara pun untuk melindungi dan berjumpa dengan anaknya. Dia akan berjuang dengan cara baik mengikut undang-undang ditetapkan.

“Saya sanggup mati untuk melindungi Musa. Saya akan buat dengan cara yang baik, bukan dengan cara fitnah di media sosial. Tidak seperti mereka, tak tahu kenapa keluar kenyataan kata culik (Musa). Saya akan ikut undang-undang, saya tidak mahu rakus,” katanya.

Noh juga mempersoal dan tak faham tindakan Mizz Nina cuba untuk pisahkannya dengan Musa. Sehinggakan usahanya untuk melawat Musa berakhir buntu dan tersekat.

“Sebenarnya daripada awal lagi saya sudah rasa sebelum dia kahwin dengan lelaki itu (Essam), dia tak bagi Musa panggil saya bapa. Ketika itu dia sudah cuba putuskan hubungan saya dengan Musa. Dia sudah rancang sesuatu.

“Hubungan anak dengan bapa ini, walaupun bukan anak kandung , saya kalau dah sayang, saya sanggup mati demi lindungi Musa,” luahnya.

Noh juga bakal membuat permohonan demi memastikan dia mendapat hak lawatan meskipun Mizz Nina tidak membenarkannya berbuat demikian.

Sebelum ini suami Mizz Nina, Essam Muhammad turut memaklumkan nama penuh Musa yang ditularkan Noh Salleh adalah palsu dan tidak benar sama sekali.

Sumber