Setiap tahun pasti ada warna baju raya yang mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan sempena musim Hari Raya Aidilfitri Untuk tahun ini, warna Brick Orange didakwa menjadi pilihan ramai.
Netizen menjangka pasti pada 1 Syawal ramai akan ‘boria’ memakai baju raya warna sama.
Baca Juga:
- Dijual Pada Harga RM9,600, Ini Kisah Tukang Jahit Baju Melayu Tunku Abdul Rahman
- Stok Masih Banyak, Founder Baju Melayu Salahkan Pengguna Hanya Beli ‘Branded’ Dikecam Ramai
- Lelaki Terkejut Peniaga Baju Melayu Sengaja Naikkan Harga Cecah RM350 Untuk Warna ‘Hot’ Tahun Ini
Bagaimanapun apabila menjengah hantaran-hantaran di laman media sosial X.com, netizen mendakwa mereka tidak nampak orang ramai memakai baju raya berwarna itu seperti dijangkakan.
Teori palatao saya: disebabkan brick orange ni ramai yang ingat menjadi warna yg paling ramai org pakai time raya..
Ramai yang pilih utk tak pakai sbb takut jadi warna awam. So end up.. takda sangat pun brick orange 😂
— Belle 🎀 (@NabellaAnuar) April 10, 2024
Masih tak jumpa lagi orange brick. Semalam jumpa ramai pakai hitam https://t.co/h0UGJNuK2H
— Sabby 🦢 (@cikksabb) April 11, 2024
Mana viralnya color brick orange raya tahun ni? Mostly aku tengok kat socmed semua apparently warna hitam je ni. Confuse aku
— J U L A I mj. (@julai_mj) April 11, 2024
Pastu ramai pakai kaler pepel tahun ni. Jd awam lah kita semua…..
Mana brick orange yg dipukul canang viral sgt tuh? Igt ramai ke boleh carry kaler orange tuh???
— AmoiChantek (@FammyThaw) April 11, 2024
🤣🤣 ya lah. Semalam sorang ja tetamu yang pakai brick orange. Ramai yang pakai navy blue https://t.co/JdRw6mT6QJ
— Zuhrah | Love Rekindled 🇲🇾 (@MYloverekindled) April 11, 2024
Ada netizen menjangkakan oleh sebab ramai yang membeli warna itu dan tidak mahu nampak ‘boria’ pada hari raya pertama, jadi ramai orang mengelak menggunakan warna tersebut.
Pada masa sama warganet menyatakan cubaan founder baju raya menjadikan warna Brick Orange hype untuk Hari Raya tahun ini tidak menjadi.
Sebaliknya beberapa warna lain pula menjadi pilihan ramai untuk memakainya untuk 1 Syawal pada tahun ini.
Antara warna-warna menjadi pilihan ramai seperti seperti Maroon, Nude, Emerald Green, Lilac dan Navy Blue.
Terdahulu, oleh kerana warna Brick Orange menjadi pilihan ramai, ada vendor jenama baju raya menaikkan harga baju raya warna itu daripada RM189 menjadi RM350.