Jamie Carragher sebelum ini mengatakan Manchester City dan Erling Haaland mampu menjadi penghalang buat Arsenal untuk menjulang trofi English Premier League (EPL) 2025/26.
Nada itu bagaimanapun berubah selepas sebulan apabila pendahulu liga itu berjaya menundukkan Tottenham Hotspur 4-1 manakala Manchester City pula kecundang ditangan Newcastle United.
Baca Juga:
- Dwight Yorke: Arsenal Akan Ulang Apa Yang Mereka Biasa Buat Dan Gagal Lagi

- Alan Shearer & Gary Neville Sepakat Pilih Arsenal Calon Utama Juara EPL 2025/26

- Carragher Dedah Pemain Yang Mampu Halang Impian Juara EPL Buat Arsenal

Situasi yang menyaksikan skuad kendalian Mikel Arteta itu memiliki kelebihan enam mata berbanding pasukan tangga kedua merangkap seteru utama, Chelsea.
Lebih menarik, kedua-dua pasukan dari London itu akan berentap pada 1 Disember nanti di Stamford Bridge.
Pendapat Terkini Carragher Tentang Arsenal
Kini, bekas pertahanan Liverpool itu melihat Arsenal sebagai pasukan yang mantap dan tiada pasukan mampu menghalang mereka.
“Pasukan terbaik yang boleh menghentikan Arsenal daripada memenangi liga ialah Arsenal sendiri,” ujar Carragher menurut sumber laporan Goal.
“Mereka adalah pasukan terbaik. Mereka memiliki skuad terbaik. Satu-satunya perkara yang boleh menghentikan mereka ialah fikiran mereka sendiri, mentaliti mereka sendiri.”
“Mungkin juga penyokong yang mula gelisah pada bulan Mac dan April jika perebutan liga masih terbuka ketika itu. Itu mungkin menjadi faktor.”
“Jika mereka tidak memenanginya, saya rasa kita semua akan menuding jari kepada mereka dan berkata, ‘Kamulah yang mensia-siakan peluang ini.’
“Saya rasa sebelum ini perkara itu tidak pernah terjadi. Selalunya, memang ada satu pasukan yang sedikit lebih baik daripada mereka dalam Liga Perdana. Tetapi musim ini, itu jelas bukan keadaannya,” tambah beliau lagi.