Sebelum ini dilaporkan bahawa Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada tahun 2018 akan disambung kembali dan program itu akan disasarkan kepada golongan belia yang berumur antara 16 hingga 35 tahun.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan juga memaklumkan bahawa terdapat dua fasa yang bakal dilaksanakan dimana Fasa 1 membabitkan pelajar tingkatan empat, manakala Fasa 2 membabitkan pelajar lepasan SPM.

Baca Juga:

Susulan pengumuman tersebut, hal ini telah meraih pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat Malaysia dan menjadi topik hangat di media sosial.

Hasil tinjauan kami di laman X, rata-rata netizen yang sudah bekerja dan berada dalam golongan belia menzahirkan kebimbangan mereka jika menyertai PLKN 3.0 akan menjejaskan punca pendapatan mereka kerana kini mereka banyak komitmen perlu ditanggung.

Bukan itu sahaja, segelintir netizen juga tertanya-tanya sama ada boleh diberikan pengecualian disebabkan beberapa faktor iaitu kesihatan, kerja dan sebagainya.

Ada juga netizen yang teruja terutama sekali mereka yang pernah terlibat dalam program ini dahulu dan mengatakan sanggup untuk pergi kali kedua.