Seorang warga asing mempertikai tindakan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menahannya ketika Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) di sekitar Taman Arowana dan Taman Pelangi, semalam.
Menerusi hantaran Facebook JPJ Negeri Pulau Pinang, anggota penguatkuasa itu mendapati warga Pakistan itu tidak memiliki Lesen Memandu Kenderaan Barangan (GDL).
Baca Juga:
- Pejabat JPJ Wangsa Maju ‘Banjir’, Bahagian Pelesenan Ditutup Seketika
- ‘Anggota Boleh Berpakaian Preman Semasa Operasi’ – JPJ
- Remaja Ini Jadi Pemilik Lesen ‘P’ eTesting JPJ Pertama Di Malaysia
Oleh sebab itu, lori yang dipandunya pada ketika itu telah disita serta-merta.
Tidak puas hati dengan tindakan dikenakan, pemandu warga asing itu menunjukkan lagak mempertikai tindakan JPJ.
@jpjpulaupinang PeWA TUNJUK LAGAK. Seberang Jaya, 14 Mei 2024. Seorang pemandu warga asing ( PeWA ) yang memandu sebuah lori ‘tunjuk lagak’ mempertikai penguatkuasaan JPJ serta enggan memberi lesen memandu semasa Ops PeWa dilakukan disekitar Taman Arowana, Seberang Jaya petang semalam. Kesalahan dilakukan tiada Lesen Memandu Kenderaan Barangan ( GDL ). JPJ turut menyita lori tersebut. Dalam operasi yang dilakukan petang semalam JPJ turut menyita 7 buah motosikal dipandu warga asing. Penguatkuasaan PeWA juga dilakukan disekitar Taman Pelangi. JPJ menyita 8 buah motosikal dipandu warga asing. Kesalahan yang dilakukan tiada lesen memandu dan Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) tamat tempoh. Penguatkuasaan ini akan dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa dan tindakan tegas akan diambil ke atas pemandu warga asing tanpa kompromi yang gagal mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa. Teruskan ikuti laman sosial rasmi JPJ Pulau Pinang untuk mendapatkan informasi terkini. #Ops2024 #PanduCermatSampaiSelamat #JPJMalaysia #DigitalisasiKebitaraanJPJ #infoJPJ #aduanJPJ #soalanJPJ #viralJPJ #polisitiadahadiah #ABMS #jpjpenang #tiadaharitanpaoperasi amanahdijunjung.
Sementara itu, operasi yang dilakukan petang semalam JPJ turut menyita 7 buah motosikal dipandu warga asing. Penguatkuasaan PeWA juga dilakukan disekitar Taman Pelangi.
JPJ menyita 8 buah motosikal dipandu warga asing. Kesalahan yang dilakukan tiada lesen memandu dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.
“Penguatkuasaan ini akan dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa dan tindakan tegas akan diambil ke atas pemandu warga asing tanpa kompromi yang gagal mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa,” tegas JPJ Pulau Pinang.