Seperti yang kita sedia ketahui, penyokong Harimau Malaya bernama Derrick Gan atau dikenali sebagai abang rambut perang telah meraih perhatian ramai apabila rakaman dirinya menangis ketika perlawanan antara Malaysia menentang Korea Selatan di Piala Asia.

Kisah kegigihan beliau menjual motosikal peribadi untuk beli tiket untuk ke Qatar turut menyentuh hati rakyat Malaysia. Malah, dilaporkan beliau sudah menerima sumbangan beberapa buah biji motor kerana memberi sokongan padu kepada skuad negara pada perlawanan baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Derrick gan
Sumber Gambar: FB Derrick Gan

Namun, seperti ada segelintir individu yang tidak senang dengan berita tersebut dan sanggup mempertikaikan jika Derrick Gan ini adalah memang benar orang susah atau sebaliknya?

Derrick gan
Sumber Gambar: FB Derrick Gan

Komen yang dibuat oleh seorang netizen itu telah menarik perhatian Derrick Gan sendiri dan membuatkan dirinya terpanggil untuk memberi respon dalam mempertahankan diri.

“Ada saya cakap saya orang susah? Ada saya minta camera ambil gambar saya? Ada saya minta motosikal?”

“Siapa sangka saya menjadi viral? Sesetengah orang terlalu mahu menjadi popular/viral dan gagal tetapi awak fikir kalau saya cuba, saya boleh jadi popular dengan semudah itu ke?”

“Katalah apa sahaja yang awak nak, tetapi jangan memandai-mandai cakap apa yang tak keluar daripada mulut saya, perkara yang tidak keluar dari mulut saya semua adalah konspirasi.”

“Tetapi saya sedar inilah akibat yang saya akan terima jika menjadi perhatian orang. Saya menerima apa sahaja yang dikatakan terhadap saya sama ada positif atau negatif.”

Dalam pada itu, Derrick Gan juga menegaskan bahawa kredit itu tidak patut diberikan kepada kepada dia sahaja, malahan sepatutnya diberikan kepada semua yang hadir di stadium tersebut terutamanya kepada Ultras Malaya.

Sumber Gambar: Derrick Gan

Bukan itu sahaja, beliau baru-baru ini memaklumkan bakal menjual kesemua motor yang diterima dan duit akan digunakan untuk menderma kepada golongan memerlukan.