Kecoh sejak minggu lalu apabila DJ Tyzo yang baru sahaja memenangi Anugerah Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 dilaporkan tidak disambung kontrak serta terpaksa mengundur diri lebih awal di Suria FM.

Isu yang berlaku nyata mengejutkan dirinya serta para peminat yang pelik dengan keputusan Suria FM sehinggalah dijelaskan sepenuhnya menerusi sidang media yang dibuat baru-baru ini.

Baca Juga:

Malah, terdapat netizen yang mendakwa punca berlakunya pengunduran DJ Tyzo serta menjadi punca beliau tidak dicalonkan pada awalnya di ABPBH adalah disebabkan DJ Lin.

Sehubungan dengan itu, DJ Lin dalam satu temu bual ringkas tampil menjelaskan punca Tyzo pada awalnya tidak dicalonkan di ABPBH.

DJ Lin nafi jadi punca nama Tyzo tidak disenaraikan

Menurut DJ Lin menerusi perkongsian Instagram @mediahiburanofficial, keputusan untuk tidak menghantar nama Tyzo di ABPBH pada awalnya adalah bukan keputusan beliau seorang. Malah, pengurusan tertinggi Suria FM memilih untuk tidak mencalonkan nama Tyzo di ABPBH.

“Dalam menentukan barisan nama, bukanlah keputusan saya seorang. Bukan saya yang buat keputusan. Perbincangan dan yang penting persetujuan itu datang daripada top management.

Jadi saya disalahkan. Sebenarnya kena tahu kita ada beberapa kriteria dan faktor dalam memilih siapa nama-nama yang perlu kita hantar.

Selepas berakhir anugerah itu saya sendiri yang mengarahkan mereka untuk blast di media sosial kerana kita bangga dengan produk Suria yang berjaya memenangi untuk kategori itu dan saya juga menganjurkan mereka membuat sesi makan-makan dan membuat kejutan untuk dia (DJ Tyzo),” ulas DJ Lin dalam menjawab dakwaan yang sedang tular di media sosial.

DJ Lin turut megakui sekaligus membidas dakwaan netizen bahawa beliau mempunyai perasaan dengki dengan DJ Tyzo. Sementara itu, Tyzo turut menyifatkan penyingkaran beliau daripada Suria FM seolah beliau seorang penjenayah.

Sumber