Jenama fesyen tempatan, Dr. Cardin tampil dengan pendekatan berbeza menerusi kempen terbaharu mereka, The Overlooked Malaysia, yang mengangkat keindahan lokasi menarik di Malaysia melalui konsep pengembaraan.
Berbanding kempen konvensional sebelum ini, kempen kali ini menggabungkan filem pendek, dokumentari road trip, sesi siaran langsung serta kolaborasi bersama selebriti dan pencipta kandungan di beberapa negeri termasuk Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.
Kempen ini sudah bermula sejak 25 Ogos yang lalu dengan tayangan filem pendek arahan Mshaffuan yang dibahagikan kepada beberapa bahagian.
Kemudian pada September, kempen ini diteruskan bersama pasangan kesayangan rakyat Malaysia, Bella Astillah dan YB Syed Saddiq yang melakukan sesi siaran langsung dari Kedah.
Kempen ini kemudian beralih ke Kelantan bersama sembilan pencipta kandungan serta pempengaruh media sosial termasuklah pelakon popular, Mierul Aiman yang menyertai ekspedisi The Explorer Trip ke Dabong.
Menariknya, perjalanan mereka di Dabong turut dirakamkan dalam bentuk dokumentari, manakala sesi live pula dibuat di lokasi luar biasa termasuk di kawasan sungai dan atas batu besar.
Kini, orang ramai berpeluang merasai pengalaman The Overlooked Malaysia secara offline menerusi acara The Overlooked Malaysia: Beyond The Screen yang berlangsung selama lima hari di IOI City Mall Putrajaya dari 7 hingga 11 Oktober 2026.
Sepanjang acara, pengunjung boleh menyertai pelbagai aktiviti termasuk sesi meet & greet bersama Mierul Aiman, Ain Ramli, Zakuan Zainal, Farah Hamdan, Fikri Zamri, Merantau Dunia dan Sya Azhar.
Episod terakhir filem pendek kempen ini juga akan ditayangkan secara eksklusif di acara tersebut bersama pengarahnya, Mshaffuan.
Menurut Ketua Penjenamaan Dr. Cardin, Chong Charl Yee, sambutan terhadap kempen kali ini amat positif. Melihat kepada respons yang diterima, Dr. Cardin tidak menolak kemungkinan untuk membawa konsep ini ke lebih banyak negeri selepas ini, termasuk meneroka destinasi di Borneo.