Arsenal kini memimpin carta English Premier League (EPL) 2025/26 dengan kelebihan empat mata meninggalkan pencabar terdekat, Manchester City.

Selepas tiga musim berturut-turut menamatkan saingan liga di kedudukan kedua, skuad kendalian Mikel Arteta itu dilihat berpeluang untuk menamatkan penantian panjang tersebut.

Baca Juga:

Namun bagi bekas penyerang Manchester United, Dwight Yorke, beliau melihat The Gunners tidak mampu menjulang trofi EPL musim ini dan akan sekali lagi kecewa.

Yorke Ragui Kemampuan Arsenal

“Saya cuma rasa Arsenal akan ulang apa yang Arsenal selalu buat,” ujar Yorke menurut sumber laporan Metro UK.

“Saya merasakan ada satu firasat yang entah bagaimana mereka tetap tak akan mampu menghabiskannya [sebagai juara EPL].”

“Itu juga bergantung pada kejohanan yang mereka sertai. Saya pasti Mikel Arteta akan cuba memberikan keutamaan kepada semuanya. Dia mahu menang semuanya, tetapi anda perlu memenangi liga domestik anda.”

“Itu boleh jadi agak kucar-kacir. Saya rasa Manchester City ada pengalaman dan pengetahuan yang diperlukan untuk muncul juara.”

The Gunners berdepan tugas getir pada aksi hujung minggu ini apabila bakal melayani kunjungan musuh setempat, Tottenham Hotspur manakala Manchester City pula akan ke St’ James Park untuk berhadapan dengan Newcastle United.

Sumber