Legenda bola sepak England, Alan Shearer berpendapat Arsenal mampu untuk menamatkan penantian selama 22 tahun untuk menjuarai English Premier League (EPL) musim ini.
Selepas mengharungi 10 perlawanan liga, The Gunners unggul dengan kelebihan lima mata meninggalkan pasukan tangga kedua, Manchester City hasil lapan kemenangan, satu keputusan seri dan satu kekalahan.
Baca Juga:
- Carragher Dedah Pemain Yang Mampu Halang Impian Juara EPL Buat Arsenal

- Supercomputer Opta Ramal Arsenal Juara EPL Dan UCL Musim Ini

- Mbappe Pilih Arsenal Calon Juara UCL Musim Ini

Lebih menarik untuk diperkatakan, skuad kendalian Mikel Arteta itu hanya dibolosi tiga jaringan sahaja setakat ini.
Sehubungan dengan itu, Shearer yakin kelab tersebut mampu untuk menjulang trofi EPL 2025/26.
Legenda Pilih Arsenal
“Saya tidak nampak sebarang kelemahan [dalam aksi mereka],” ujar Alan Shearer menurut sumber laporan Goal.
“Mereka sekali lagi menjaringkan gol daripada situasi bola mati tetapi prestasi mereka bukan sekadar itu sahaja.”
“Saya suka cara mereka menggunakan [Riccardo] Calafiori dan [Jurrien] Timber di posisi lebih tinggi untuk mencipta ‘overload’ serta peluang daripada situasi bola mati.”
Pendapat tersebut turut disokong Gary Neville yang memuji barisan pemain skuad dari London Utara itu.
“Arsenal kini pasukan yang boleh dipercayai, kau boleh letakkan kepercayaan kepada mereka. Ini kejuaraan milik Arsenal.”
“Saya tak pernah begitu yakin sebelum iniĀ malah terlalu awal dalam musim tetapi kali ini, memang nampak seperti milik mereka.”
“Itu bukan keyakinan melampau atau cubaan memberi tekanan. Mereka sendiri mesti merasakannya.”
“Inilah detik untuk Arsenal kembali menjulang kejuaraan. Peluang itu ada di depan mata, dan mereka perlu rebutnya,” ujar Neville.