Pelaburan emas merupakan antara saluran pelaburan alternatif yang stabil dalam kalangan pelabur kerana mampu memberikan pulangan tinggi.

Bagi mengelakkan daripada anda tertipu dengan pelaburan emas, pastikan anda memilih syarikat pelaburan emas yang boleh dipercayai dan semestinya patuh syariah.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Kini, terdapat 12 syarikat pelaburan emas patuh syariah yang boleh anda melabur iaitu Bank Muamalat Gold-i, Maybank Gold-i, Public Gold, KAB Gold, GB Gold, MEEM Gold, YaPEIM Gold, BSN MyGold Account-i, KFH Gold Account- i, Affin Emas Account-i, TradePlus Gold ETF dan Bursa Gold Dinar.

Selain memastikan anda melabur di syarikat yang boleh dipercayai, anda juga memiliki sedikit pengetahuan sebelum memulakan pelaburan seperti mengetahui perbezaan harga jual dan beli, kemudahan menjual balik dan sebagainya.

Melaburlah dengan yakin melalui syarikat yang boleh dipercayai agar wang anda tidak ditipu dan menyesal di kemudian hari.