Endeavor MatchCAP Asia 2024, sebuah roadshow eksklusif pelabur yang diadakan di Singapura telah berlangsung dengan jayanya pada 13-14 Mei lalu.

Acara tersebut adalah usaha bersama antara pejabat Endeavor di rantau Asia antaranya Endeavor Malaysia, Filipina, Indonesia, Jepun, Pakistan dan Vietnam.

MatchCAP Asia 2024 merupakan acara pelaburan terkemuka dalam rangkaian Endeavor, bertujuan untuk menyediakan platform bagi usahawan dan pelabur untuk berhubung, berkolaborasi, dan memacu inovasi dalam ekosistem keusahawanan rantau ini.

Acara ini menyaksikan kehadiran pengunjung yang ramai hingga mencipta rekod; Endeavor mengatur lebih daripada 700 introductions, melibatkan sejumlah 160 syarikat; 70 syarikat startups dan 90 pelabur.

Antara sebahagian peserta Endeavor MatchCAP Asia 2024

Sepanjang dua hari, para sahawan dan pelabur dari pelbagai industri dan latar belakang berkumpul di Singapura dan mengambil bahagian dalam pertemuan satu-satu yang mencetuskan perbualan bermakna dan membentuk hubungan yang berharga.

Angka ini mengatasi acara MatchCAP sebelumnya, dengan dua kali ganda peserta dan 5 kali ganda padanan terpilih, menunjukkan pertumbuhan yang ketara dan mencapai matlamat menggandakan bilangan peserta untuk acara tahun ini.

Endeavor Lancar Program ScaleUp Kohort 4, Tampilkan 11 Syarikat Berwawasan Terkemuka

Manny Ayala, Pengarah Urusan Serantau Endeavor untuk Asia

Manny Ayala, Pengarah Urusan Serantau Endeavor untuk Asia, meluahkan rasa gembiranya dengan hasil acara tersebut. “Kami gembira melihat minat yang semakin meningkat terhadap Endeavor MatchCAP Asia tahun ini. Acara tahun ini mengatasi semua jangkaan, dengan dua kali ganda bilangan peserta dan 5 kali ganda bilangan padanan yang terpilih berbanding tahun lalu.

“Jelas sekali bahawa terdapat minat yang semakin meningkat dalam ekosistem untuk hubungan yang bermakna, dan MatchCAP terus berperanan sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan ini.

“Endeavor MatchCAP Asia 2024 bukan sahaja mengukuhkan ekosistem keusahawanan tetapi juga meletakkan asas untuk kerjasama dan perkongsian masa depan yang akan memacu pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran di seluruh Asia,” kata Manny.

Dengan sokongan daripada Aspire, BNI Ventures, Carta, Cooley, DBS, dan Gunderson Dettmer, kejayaan MatchCAP Asia 2024 menekankan komitmen Endeavor untuk menyokong keusahawanan dan memupuk perkongsian strategik yang memacu perubahan positif.

Dengan momentum yang diperoleh daripada acara tahun ini, Endeavor berharap dapat meneruskan misinya untuk memperkasakan usahawan dan memacu inovasi pada tahun-tahun akan datang.