Pada pagi ini media sosial Facebook dilihat mengalami sedikit perubahan di mana para influencer atau mereka yang mempunyai jumlah followers yang tinggi telah mengalami ‘penurunan’ followers serta dihadkan kepada sekitar 9,000 followers.

Hal ini nyata mengejutkan segelintir pihak termasuk pengguna Facebook di Malaysia mengetahui perubahan yang berlaku melihatkan pengurangan followers yang mendadak. Tidak kurang juga mereka yang mengikuti perkembangan influencer yang mungkin bakal tidak dapat melihat perkongsian yang dilakukan dengan lebih mudah.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber: Facebook Mark Zuckerberg

Bukan itu sahaja, pengasas bersama Facebook iaitu Mark Zuckerberg turut mengalami masalah yang sama apabila didapati followers beliau juga turut dihadkan kepada sekitar 9,000 followers sahaja.

Berdasarkan semakan yang dibuat, isu ini hanya berlaku jika profil Facebook seseorang influencer atau mereka yang mempunyai banyak followers disemak menerusi telefon pintar. Sementara itu, paparan jumlah followers sebenar masih dapat dilihat menerusi paparan desktop.

Sumber: Facebook Mark Zuckerberg

Walau bagaimanapun, isu yang berlaku jelas membuatkan orang ramai tertanya-tanya dengan ‘perubahan’ yang dilakukan.

Sementara itu, Mark Zuckerberg sekitar beberapa jam lalu telah melancarkan headset VR terbaru iaitu Meta Quest Pro yang bakal ditawarkan pada harga $1,500 (RM7,026.75). Kehadiran VR ini bakal menjadi titik penting dalam perkembangan dunia Meta seperti yang dijanjikan Mark Zuckerberg.

Setakat ini, masih belum terdapat sebarang laporan rasmi atau penjelasan mengenai langkah Facebook yang mengehadkan followers menerusi paparan telefon pintar.

Dalam pada itu, ‘kecacatan’ yang berlaku pada Facebook sejak beberapa jam terakhir ini jelas memberi ‘marketing’ kepada Mark Zuckerberg dalam mempromosikan produk terbaru yang dilancarkan.

Kemas kini: Menerusi semakan yang baru sahaja dilakukan, jumlah followers Mark Zuckerberg dan influencer tempatan mahupun luar negara telah kembali memaparkan jumlah yang sebenar.