Tonggak Selangor FC, Faisal Halim mencuri tumpuan hari ini apabila muncul buat pertama kali dalam satu sidang akhbar selepas kejadian mangsa simbahan asid pada 5 Mei lalu.
Faisal menjadi mangsa simbahan asid yang berlaku di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya menyebabkan dia mengalami kelecuran tahap empat.

Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
Ketika sidang media, Selangor FC turut berkongsi mengenai kronologi dan situasi semasa membabitkan Faisal Halim.
Difahamkan keadaan semasa Faisal Halim atau dipanggil sebagai Mickey menunjukkan beliau tidak dapat menggunakan tangan kiri ekoran terkena asid jenis sulfurik yang disimbah.
Lebih menyedihkan, Faisal juga mengakui pernah memikirkan untuk bersara daripada sukan bola sepak demi keselamatannya dan ahli keluarga.
“Saya sanggup lupakan gaji berpuluh ribu dan pulang ke kampung untuk tinggal dan kerja di sana walaupun gaji RM50 demi keselamatan saya dan keluarga.
“Tapi apa yang buat saya semangat yang Datuk Seri (Shahril Mokhtar) janjikan kepada saya dan keluarga saya, ‘Mickey, saya tahu awak boleh teruskan. Saya boleh jaminkan keselamatan awak dan keluarga.’
“Saya tak boleh makan atau ke toilet sendiri. Semua perlukan bantuan dari keluarga terutama isteri dan keluarga saya. Mereka bergilir-gilir datang pantau dan menjaga saya. Semangat keluarga saya itulah saya bawak untuk kekal bersemangat.
“Saya letak target kembali berlatih dalam masa sebulan setengah walaupun doktor katakan saya perlu 3-6 bulan lagi. Ini semangat Faisal Halim dan saya akan bawa semangat ini untuk kembali,” katanya sambil dalam keadaan sebak.
"Saya sanggup hilang gaji berpuluh ribu, asalkan saya dan keluarga selamat" – Faisal Halim#AWANInews pic.twitter.com/n6yQ78cR3T
— Astro AWANI (@501Awani) June 13, 2024
Pemain sayap skuad Harimau Malaya itu telah menjalani empat pembedahan untuk merawat luka kelecuran sebelum dibenarkan keluar dari hospital pada 25 Mei lalu.
Selepas itu, Faisal menjalani proses pemulihan di lokasi dirahsiakan selain kawalan ketat bagi memastikan keselamatannya.