Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menegaskan badan itu akan memanfaatkan sepenuhnya peruntukam tambahan yang diberikan oleh Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini pada perbentangan Belanjawan 2025, dana bernilai RM15 juta akan diberikan kepada bola sepak negara dalam usaha untuk meningkatkan lagi prestasi sukan nombor satu itu.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

Perkembangan terkini melibatkan tambahan lagi RM15 juta oleh Anwar itu telah disahkan menerusi satu kenyataan rasmi dikeluarkan di laman Facebook beliau.

“Pelbagai usaha berterusan dilakukan Kerajaan MADANI bersama beberapa pihak lain dalam memastikan skuad Harimau Malaya diperkukuh sekali gus muncul sebagai gergasi bola sepak asia.”

“Bagi merealisasikan usaha ini, Kerajaan MADANI akan meningkatkan peruntukan RM15 juta yang diumumkan sewaktu Belanjawan 2025 khusus untuk pembangunan sukan bola sepak kepada RM30 juta, yang mana RM15 juta lagi akan dibiayai oleh pihak swasta.”

“Peruntukan ini akan diguna bagi meningkatkan program-program pembangunan Harimau Malaya di setiap peringkat selain mempersiapkan pasukan utama agar lebih kompetitif dalam setiap kejohanan antarabangsa yang disertai,” tulis PMX.

Dalam satu kenyataan, FAM berkata mereka berbesar hati dengan peruntukan tambahan yang diberikan dan akan memanfaatkan sebaik mungkin tambahan peruntukan ini bagi meningkatkan program-program pembangunan Harimau Malaya pada setiap peringkat.

“Usaha ini termasuklah mempersiapkan pasukan utama agar lebih kompetitif dalam setiap kejohanan antarabangsa yang disertai. Dana ini juga akan digunakan oleh FAM bagi aspek pengurusan organisasi untuk memacu perubahan bagi memastikan para pemain skuad kebangsaan mendapat sokongan yang terbaik daripada tenaga pakar yang dilantik.

“Peruntukan tambahan ini juga sudah pasti akan meningkatkan lagi motivasi buat para pemain skuad kebangsaan bagi mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

“Sekali lagi ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri. Junjung kasih juga kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang sentiasa prihatin serta memberikan sokongan dan bantuan kepada FAM dalam usaha kita meningkatkan lagi prestasi skuad Harimau Malaya.