Mesyuarat keenam Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2025-2029 telah melantik Tan Sri Dato’ Seri Panglima Ayob Khan Mydin Pitchay sebagai Pengerusi Jawatankuasa Integriti badan induk bola sepak negara itu.
Bekas Timbalan Ketua Polis Negara itu bakal dibantu oleh Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Dato’ Sri Mohd Suhaily Mohd Zain selaku timbalannya.
Mesyuarat yang telah diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya itu merupakan mesyuarat pertama dipengerusikan oleh Presiden FAM yang baharu, Dato’ Ab Ghani Hassan dan dihadiri oleh kesemua baki sembilan orang Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM lain yang telah dipilih pada sesi pemilihan pada Kongres Luar Biasa FAM Kedua 2026 di Hilton Petaling Jaya pada 17 September 2026.
Menurut kenyataan media dikeluarkan FAM sebentar tadi, Dato’ Ab Ghani turut mengumumkan Datuk Noor Azman Hj Rahman kekal sebagai Setiausaha Agung manakala Dato’ Haji Ismail Karim kekal sebagai Bendahari.
Berikut merupakan senarai penuh Pengerusi, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tetap FAM bagi baki penggal 2025-2029:

1. Jawatankuasa Kewangan dan Pengurusan
Pengerusi: YBHG. Dato’ Ab Ghani bin Hassan
Timb Pengerusi: YBHG. Datuk Saaran a/l Nadarajah
2. Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Bolasepak Kebangsaan
Pengerusi: YBHG. Dato’ Ab Ghani bin Hassan
Timb Pengerusi: YBHG. Datuk Seri Hj Rosmadi bin Ismail
3. Jawatankuasa Penganjur Pertandingan FAM
Pengerusi: YBHG. Dato’ Suraya binti Yaacob
Timb Pengerusi: YBHG. Datuk Haji Kamarudin bin Hassan
4. Jawatankuasa Undang-Undang
Pengerusi: YBHG. Datuk Saaran a/l Nadarajah
Timb Pengerusi: YBHG. Datuk Tpr. Alijus @Mohd Ali bin Sipil
5. Jawatankuasa Pengadil
Pengerusi: Encik R. Muniandy a/l Rethiah
Timb Pengerusi: Tuan Haji Mat Lazim bin Awang Hamat
6. Jawatankuasa Perubatan dan Sains Sukan
Pengerusi: YBHG. Dato’ Mohd Azhar bin Jamaluddin
Timb Pengerusi: Encik Mohd Azizudin bin Mohd Shariff
7. Jawatankuasa Status Pemain
Pengerusi: Encik Mohd Azizudin bin Mohd Shariff
Timb Pengerusi: YBHG. Datuk Haji Kamarudin bin Hassan
8. Jawatankuasa Media dan Pemasaran
Pengerusi: YBHG. Datuk Syed Mahadi bin Syed Hassan
Timb Pengerusi: YBHG. Datuk Tpr. Alijus @Mohd Ali bin Sipil
9. Jawatankuasa Stadium dan Keselamatan
Pengerusi: YDH CP Dato’ Sri Mohd Yusri bin Haji Hassan Basri
Timb Pengerusi: YDH DCP Datuk Mohd Rozi bin Jidin
10. Jawatankuasa Integriti
Pengerusi: YBHG. Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Ayob Khan bin Mydin Pitchay
Timbalan Pengerusi: YDH CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily bin Mohd Zain
11. Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan
Pengerusi: YBHG. Datuk Seri Hj Rosmadi bin Ismail
Timbalan Pengerusi: YH Dato’ Zainal Abidin bin Hassan
Menurut Artikel 47 Perkara 2 dalam Statut FAM, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Stadium dan Keselamatan, Jawatankuasa Integriti dan Jawatankuasa Pengadil tidak boleh menjadi ahli Jawatankuasa Eksekutif.