Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal mengadakan siasatan dalaman termasuk meminta bantuan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan penulis ‘surat layang’.
Selain itu, laporan polis turut dibuat bagi membersihkan imej badan induk itu dan menafikan segala tuduhan yang dilemparkan menerusi surat layang tersebut.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- Kad Kredit Bahaya? Mari Ambil Tahu Tentang Kelebihan Dan Keburukannya
“FAM sedang menimbang untuk membuat laporan polis berhubung surat layang tersebut kerana ia telah menimbulkan persepsi negatif terutamanya dalam kalangan peminat dan penyokong bola sepak tanah air dan juga antarabangsa, selain akan cuba mendapatkan bantuan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam mengesan dari mana sumber asal e-mel surat layang tersebut dan jika ia melibatkan staf FAM, siasatan dalaman turut akan dibuat,” kata kenyataan rasmi.
‘Surat layang’ itu turut dihantar menerusi e-mel kepada pihak media oleh seorang pengirim yang tidak diketahui identiti sebenar dan menggunakan nama UltrasFAM.
Empat perkara utama dibangkitkan dalam e-mel tersebut iaitu penyalahgunaan kuasa oleh Setiausaha Agung FAM, isu gaji yang melibatkan pekerja FAM, isu pasukan kebangsaan dan projek pusat latihan.
Namun, FAM dalam satu kenyataan menegaskan tuduhan dinyatakan oleh penulis surat layang berkenaan adalah lebih bersifat untuk menyerang peribadi yang merupakan fitnah dan tohmahan semata-mata.
Ia juga dilihat datang daripada seorang individu atau lebih yang mempunyai rasa tidak puas hati dengan kepimpinan tertinggi FAM.
Baca lebih lanjut penjelasan FAM di sini.