Dua bulan lepas, tular di media sosial mengenai pemain kacukan yang dilihat sebagai ‘kategori A’ iaitu penyerang tinggi lampai dikenali sebagai Ferdy Druijf.
Ramai peminat bola sepak tempatan menyifatkan beliau adalah calon pemain warisan terbaik untuk mengisi posisi penyerang skuad Harimau Malaya.
Baca Juga:
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- 55 Peratus Rakyat Malaysia Didapati Tak Mampu Simpan Duit, Bergantung Pada Gaji Bulanan Sepenuhnya
Malah, pemain kelahiran Belanda itu mengakui sedang siapkan dokumen lengkap untuk membuktikan beliau memiliki darah keturunan Malaysia daripada sebelah neneknya.
“Keinginan saya beraksi untuk Malaysia sentiasa ada. Sekarang saya sedang menyediakan dokumen demi membuktikan nenek saya sebenarnya lahir di Malaysia,” katanya menerusi laman pencari bakat, Frfuturetalents.
Sebelum ini, Druijf mengakui ibunya dilahirkan di Malaysia namun tidak menyebut secara jelas dari negeri mana ibunya berasal.
Pemain yang berusia 26 tahun itu turut mengikuti akaun media sosial Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengetahui setiap perkembangan skuad Harimau Malaya.
Beliau kini beraksi bersama kelab Eredivisie Belanda, PEC Zwolle secara pinjaman dari kelab Austria, SK Rapid.
Calon pemain warisan ini merupakan produk akademi AZ Alkmaar dan kemudian beraksi bersama beberapa kelab di Belanda dan Belgium seperti NEC Nijmegen dan KV Mechelen sebelum menyertai SK Rapid.
Technique 💯
Super-sub Ferdy Druijf made no mistake❗️#UEL | @AZAlkmaar pic.twitter.com/2q44npYZ3J
— UEFA Europa League (@EuropaLeague) December 5, 2019
Pemain berketinggian 190 sentimeter itu mempunyai nilai pasaran sebesar €1 Juta atau sekitar RM5.3 Juta dan memiliki rekod jaringan memukau dengan 112 gol dalam 266 penampilan sepanjang kariernya menurut statistik Transfermarkt.
Beliau juga memiliki pengalaman luas di pentas bola sepak antarabangsa bersama skuad Belanda B-20, B-18 dan B-17.
Sekiranya FAM berjaya mendapatkan khidmat pemain itu, sudah tentu ia memberi pilihan tambahan kepada ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon untuk membentuk jentera serangan mantap.
Kehadiran pemain warisan berkualiti adalah sebagai satu pelan sokongan kepada skuad senior selepas beberapa tonggak utama sedang meniti penghujung karier dan memerlukan pengganti segera di posisi kritikal.
Antara pemain warisan yang telah pun menyarung jersi Harimau Malaya ialah Dion Cools, Matthew Davies, Brendan Gan, Corbin-Ong, Natxo Insa dan Stuart Wilkin.