Sejarah tercipta dalam bola sepak tanah air apabila Fitri Maskon menjadi pengadil pertama yang dipecat oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Memetik dari laporan Berita Harian, perkara ini dikongsikan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram selepas pengadil itu menunjukkan prestasi yang lemah pada perlawanan Piala MFL antara Negeri Sembilan menentang Selangor di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi Khamis lalu.

Baca Juga:

Dalam perlawanan tersebut, Selangor berjaya memenangi perlawanan menerusi sepakan penalti pada saat akhir permainan.

Fitri Maskon
Dato S.Sivasundram

Sebab Fitri Maskon Dipecat

“Keputusan memecat pengadil adalah satu tindakan yang pertama kali dibuat kerana sebelum ini, pengadil hanya digantung tugas. Ini satu isyarat jelas supaya pengadil perlu lebih serius ketika menjalankan tanggungjawab mereka di atas padang.

“FAM tidak akan berkompromi dalam isu yang berkaitan prestasi lemah yang ditunjukkan oleh pengadil,” katanya.

Sivasundaram menjelaskan berdasarkan laporan Penilai Pengadil, prestasi lemah yang ditunjukkan Fitri mempengaruhi keputusan perlawanan terbabit.

Selain Fitri Maskon, Pengadil Lain Turut Banyak Kontroversi

Selain Fitri Maskon, beberapa pengadil dalam saingan Liga Malaysia juga selalu terlibat dalam kontroversi ketika mereka bertugas mengendalikan perlawanan.

Fitri Maskon
Zulkarnain Zakaria

Antaranya ialah Zulkarnain Zakaria yang pernah digantung oleh FAM dari mengendalikan sebarang perlawanan liga pada musim 2023 lalu.

Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil FAM yang diketuai oleh Dato’ S. Sivasundaram sebulat suara mendapati bahawa Zulkarnain telah terkhilaf dalam mengintepretasi dua situasi pemberian sepakan penalti olehnya kepada pasukan Sabah pada minit 41 dan minit 90+9 ketika aksi menentang Penang.

“Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengadil FAM telah membuat keputusan untuk mengenakan hukuman penggantungan secara serta-merta kepada Zulkarnain Zakaria daripada mengadili sebarang perlawanan Liga Malaysia 2023.

“Jawatankuasa Pengadil FAM memandangkan serius perkara ini dan akan memberikan peringatan dan teguran keras kepada semua pengadil agar sentiasa optimum dalam menjalankan tugas dengan pemahaman bola sepak secara lebih holistik.

 

“Jawatankuasa juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan keras dan yang sewajarnya kepada mana-mana pengadil yang menampilkan mutu pengadilan yang tidak memenuhi piawaian yang telah ditetapkan pada perlawanan-perlawanan Liga Malaysia 2023 yang akan datang,” dipetik dari kenyataan yang dikeluarkan FAM.