Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) secara rasmi memperkenalkan MyKad Generasi Baharu yang dilengkapi dengan 53 ciri keselamatan terkini.
Pengarah Bahagian Kad Pengenalan JPN, Muhammad Asraf Sukadi, menjelaskan bahawa penambahbaikan utama pada kad pengenalan baharu ini merangkumi integrasi Kod QR serta penggunaan cip dwifungsi.
Ini Wajah Terkini MyKad Generasi Baharu, Boleh Tukar Mulai 17 September
Antara pembaharuan utama yang diperkenalkan:
Kod QR Keselamatan: Kod ini direka khas untuk tujuan penguatkuasaan oleh agensi yang dibenarkan oleh JPN sahaja bagi mengesahkan pemilik sebenar MyKad. Ciri ini tidak boleh dibaca atau diimbas oleh mana-mana kamera telefon pintar biasa demi menjamin keselamatan data pengguna.
Cip NFC (Dwifungsi): Membolehkan pembacaan maklumat kad dilakukan secara sentuhan (menggunakan pembaca kad) mahupun tanpa sentuh melalui teknologi NFC pada peranti yang dibenarkan oleh JPN.
‘Hari Pertama Permohonan Meningkat 60%’ – JPN Minta Orang Ramai Jangan ‘FOMO’ Tukar MyKad Baharu
Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak terburu-buru atau berasa bimbang (FOMO) untuk hadir ke pejabat JPN semata-mata bagi membuat penggantian kad baharu ini.
Bagi sesiapa yang berhasrat untuk hadir tanpa perlu menunggu lama, tempahan temu janji boleh dibuat terlebih dahulu melalui portal rasmi di mytemujanji.jpn.gov.my.