Pada hari semalam media digemparkan dengan berita rumah Rozita Che Wan atau Che Ta, diserbu pihak Majlis Amanah Raya (MARA) selepas gagal membayar hutang pinjaman berjumlah hampir RM1 juta daripada institusi tersebut.

Hasil serbuan, pelbagai barangan rumah milik pelakon tersebut yang cuma bernilai hampir RM100,000 disita, petik Harian Metro.

Baca Juga:

Wakil peguam yang enggan dikenali berkata kepada Sinar Harian, selain penilaian harga barangan, pihaknya turut menyerahkan writ kepada ibu Che Ta kerana pelakon tersebut tiada di rumah pada ketika itu.

“Hari ini kita serahkan writ, buat penilaian harga barang dan penyitaan. Ini kehadiran kali kedua ke rumah Rozita.

“Kami pernah hadir kali pertama bulan lalu tetapi tidak mendapat kerjasama. Jadi kali ini kami dapat perintah mahkamah untuk masuk.

“Nilai anggaran barang rumah tadi tidak sampai RM100,000, kebanyakan barangan peribadi,” katanya mewakili MARA.

Memetik laporan itu lagi, pihaknya kini menunggu arahan selanjutnya dari mahkamah untuk melakukan proses lelongan, dijangka dalam masa dua minggu lagi.

Apa-apa proses rundingan selepas ini perlulah melalui mahkamah.

“Buat masa ini kita akan tunggu arahan selanjutnya untuk proses lelongan. Kalau ada rundingan selepas ini, semuanya melalui proses mahkamah.

“Buat masa ini kita akan tunggu arahan selanjutnya untuk proses lelongan. Kalau ada rundingan selepas ini, semuanya melalui proses mahkamah

“Tarikh lelongan sudah ada, tetapi kita tunggu surat selanjutnya dari mahkamah,” katanya yang tidak menafikan jumlah hutang MARA Che Ta hampir RM1 juta.

Manakala anak sulung pelakon itu iaitu Ammar Effendy, 28, yang ditemui di pekarangan rumah ibunya, enggan memberi sebarang komen berkaitan penyitaan itu.

Sementara itu, Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menjelaskan institusi tersebut tidak akan teragak-agak mengambil tindakan perundangan sekiranya peminjam yang masih culas, sengaja tidak mahu membayar walaupun berkemampuan bahkan boleh pula memperagakan kemewahan di media sosial.