Ketua pasukan Korea Selatan, Son Heung-min meminta maaf kepada peminat bola sepak negara itu selepas tewas dalam perlawanan separuh akhir Piala Asia 2023 di tangan Jordan.
Korea yang menjadi pasukan pilihan untuk mara ke perlawanan akhir berdepan kesukaran ketika menentang Jordan dimana mereka gagal mencatat sebarang percubaan tepat meskipun dibarisi oleh beberapa pemain ternama seperti Son, Cho Gue-sung dan Lee Kang-in.
Baca Juga:
- Ini Halangan Yazan Al-Naimat Untuk Beraksi Di Liga Malaysia
- Tewas Kepada Jordan, Jurgen Klinsmann Enggan Letak Jawatan
- Jürgen Klinsmann Beri Sebab Mengapa Beliau Senyum Ketika Aksi Menentang Malaysia
Musa Al-Tamari dan Yazan Al-Naimat muncul sebagai wira bagi Jordan dimana dua jaringan yang dihasilkan menghantar pasukan itu ke perlawanan akhir buat kali pertama dalam sejarah kejohanan.
Son Heung-min: “I really don’t know what to say. I’m so sorry. We did our best, but this is the outcome because of our mistakes. I’m so sorry. The support from Korea during the late hours was beyond what we could’ve imagined. Thank you so much, but I’m so sorry.” #AsianCup2023
— Steve Han • 한만성 (@realstevescores) February 6, 2024
Selepas perlawanan, Son meminta maaf dan menyatakan beliau dan rakan sepasukan berasa sangat gemuruh dan tidak mahu melakukan sebarang kesilapan ketika permainan.
“Sangat mengecewakan, kami kecewa dengan keputusan ini. Jordan mempunyai perjalanan yang menakjubkan pada kejohanan ini. Mereka berhak untuk ke perlawanan akhir, mereka berjuang hingga ke akhirnya,” kata Son Heung-min.
Ketua jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann menegaskan beliau tidak merancang untuk letak jawatan walaupun pasukannya gagal mara ke final Piala Asia 2023.
“Saya tidak merancang untuk melakukan apa-apa (letak jawatan). Saya akan kembali bersama pasukan ke Korea, menganalisis kejohanan ini dan kemudian bercakap kepada pihak pengurusan apa yang bagus dan apa yang tidak bagus dalam pasukan ini.
FUERA KLINSMANN 🤬
Cualquiera creería que acaba de pasar a la final de la Copa Asiática, pero no…❌
El tipo acababa de perder con Jordania 🇯🇴 2-0 y así sale del campo…🙄
Que se quede en Qatar este mercenario al igual que varios de los jugadores por supuesto…. pic.twitter.com/OxQQa8fXaA
— K League en Español 🇰🇷⚽️ (@KLeagueEspanol) February 6, 2024
“Saya fikir pasukan ini semakin meningkat, dan banyak yang boleh diperbaiki sebelum hadapi Piala Dunia di USA, Mexico dan Kanada beberapa tahun lagi dengan saingan Kelayakan yang sangat sukar. Jadi, kami ada banyak lagi kerja yang perlu dilakukan,” jelas Klinsmann.
Selepas tamat perlawanan, penyokong Korea Selatan sempat meluahkan rasa tidak puas hati mereka di media sosial terhadap tindakan Klinsmann yang memilih untuk senyum ketika pemain sedih meratapi kekalahan.
Namun Klinsmann menjelaskan beliau senyum kerana mengucapkan tahniah kepada ketua jurulatih Jordan, Hussein Ammouta.