Ketua jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann menegaskan beliau tidak merancang untuk letak jawatan walaupun pasukannya gagal mara ke final Piala Asia 2023 selepas tewas 0-2 kepada Jordan.
Bekas pengendali Jerman dan USA itu bagaimanapun mengakui Jordan layak menang kerana beraksi lebih baik daripada pemainnya.
Baca Juga:
- Jurgen Klinsmann Berang Pengadil Beri Penalti Kepada Malaysia
- Seri Dengan Malaysia, Penyokong Korea Mahu Jurgen Klinsmann Dipecat
- Piala Asia 2023: Jordan Cipta Sejarah Mara Ke Final
“Saya tidak merancang untuk melakukan apa-apa (letak jawatan). Saya akan kembali bersama pasukan ke Korea, menganalisis kejohanan ini dan kemudian bercakap kepada pihak pengurusan apa yang bagus dan apa yang tidak bagus dalam pasukan ini.
“Saya fikir pasukan ini semakin meningkat, dan banyak yang boleh diperbaiki sebelum hadapi Piala Dunia di USA, Mexico dan Kanada beberapa tahun lagi dengan saingan Kelayakan yang sangat sukar. Jadi, kami ada banyak lagi kerja yang perlu dilakukan,” jelas Klinsmann menurut laporan ESPN.
Selepas tamat perlawanan, penyokong Korea Selatan sempat meluahkan rasa tidak puas hati mereka di media sosial terhadap tindakan Klinsmann yang memilih untuk senyum ketika pemain sedih meratapi kekalahan.
FUERA KLINSMANN 🤬
Cualquiera creería que acaba de pasar a la final de la Copa Asiática, pero no…❌
El tipo acababa de perder con Jordania 🇯🇴 2-0 y así sale del campo…🙄
Que se quede en Qatar este mercenario al igual que varios de los jugadores por supuesto…. pic.twitter.com/OxQQa8fXaA
— K League en Español 🇰🇷⚽️ (@KLeagueEspanol) February 6, 2024
Namun Klinsmann menjelaskan beliau senyum kerana mengucapkan tahniah kepada ketua jurulatih Jordan, Hussein Ammouta.
“Saya sangat kecewa. Saya jadi marah kerana kami sepatutnya beraksi lebih baik.
“Apabila perlawanan berakhir, saya mengucapkan tahniah kepada jurulatih lawan dan melemparkan senyuman kepadanya. Saya rasa ini bukan masalah besar.
“Sudah tentu saya tidak berjalan-jalan sambil senyum di sekeliling stadium.
“Ada sebab kenapa kami kalah dalam perlawanan ini. Anda harus terima pasukan lain beraksi lebih baik daripada kami dan perlu memberikan penghormatan kepada mereka,” jelas Klinsmann.