Bruno Fernandes mungkin dianggap kunci kekuatan buat Manchester United, namun kapten itu sendiri mengakui dia tidak kebal daripada ketegangan sebelum perlawanan.
Pemain kelahiran Portugal itu mendedahkan bahawa sebelum setiap perlawanan, dia pasti akan berasa sangat gugup.
Baca Juga:
- Penalti Tak Masuk, Bruno Fernandes Salahkan Pengadil

- Bruno Fernandes Persoal Gol Arsenal Dan Tuduh Premier League Cuma ‘Sembang’

- Tak Pernah Menyesal, Ini Sebab Bruno Fernandes Tolak Tawaran ‘Gila’ Al-Hilal

Gugup tersebut bagaimanapun bukanlah melambangkan ketakutan tetapi keadaan itu membuatkan mindanya kekal tajam dan fokus.
Bagi Fernandes, rasa gelisah itu menjadi pemangkin penglibatannya, sama ada dia berada di atas padang, di bangku simpanan atau sekadar menonton dari rumah.
Memasuki permulaan musim baharu 2025/26, Fernandes sudah mula merasai tekanannya apabila gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika berhadapan dengan Fulham.
Beberapa hari kemudian hadir satu lagi tamparan pahit, apabila Red Devils tersingkir daripada Piala Carabao dengan cara memalukan selepas tewas dalam penentuan penalti kepada kelab kerdil Liga Dua, Grimsby.
Gugup Jadi Kekuatan Buat Fernandes
“Saya lebih gugup bila menonton perlawanan kerana, anda tahu, saya seolah-olah turut menderita untuk rakan sepasukan saya.”
“Bila saya nampak sesuatu tidak memihak kepada mereka dan mereka cuba melakukan sesuatu yang berbeza tetapi tidak berhasil, saya jadi sangat gelisah.”
“Saya tak boleh duduk diam di bangku simpanan, malah di rumah sekalipun. Kalau saya terpaksa menonton di rumah, saya tak boleh duduk senyap.”
“Saya perlu bersuara, saya perlu aktif. Rasanya seolah-olah saya berada dalam perlawanan itu. Setiap perlawanan, saya akan gugup.”
“Gugup dalam erti kata gugup yang baik. Saya mahu terlibat dalam permainan, secara mental kepala saya perlu sentiasa bekerja,” ujar Fernandes menurut sumber laporan Goal.