Pemain tengah berpengalaman, Jordan Henderson mengakui dirinya tidak sesuai dengan corak permainan bola sepak di Saudi Pro League (Liga Arab Saudi).
Keadaan tersebut menjadi penyebab utama beliau meninggalkan Al-Ettifaq sekali gus kembali semula merasai saingan liga bola sepak Eropah.
Baca Juga:
- Jordan Henderson Tidak Terima Sebarang Gaji Sepanjang Beraksi Di Arab Saudi
- Tidak Tahan Dengan Cuaca Panas, Pemain Bintang Mahu Tinggalkan Saudi Pro League
- Hampir RM15 Juta Diperolehi Oleh Urawa Reds Dalam AFC Champions League 2017
Memenangi semua kejuaraan bersama Liverpool selepas 12 musim menyarung jersi kelab tersebut, Henderson kemudiannya memilih untuk berkelana ke Arab Saudi dengan yuran perpindahan bernilai $15 juta.
Lebih menarik, pengurus Al-Ettifaq merupakan bekas rakan sepasukannya ketika di Liverpool iaitu Steven Gerrard.
Namun, jodohnya bersama kelab itu tidak bertahan lama apabila beliau terpaksa mengucapkan selamat tinggal buat bumi Arab hanya selepas 19 perlawanan berbekalkan lima bantuan jaringan dihasilkan.
Tidak kembali ke England, sebaliknya beliau kini merupakan ketua pasukan buat kelab ternama Belanda, Ajax Amsterdam.
“Saya sekarang menyedari bahawa bola sepak mengalir dalam darah saya. Liga Arab Saudi sedang berkembang tetapi ia nyata tidak sesuai dengan saya.”
“Saya senang di sini (merujuk kepada Belanda), di projek Ajax,” ujar beliau menurut sumber Goal Indonesia.
“Melihat kembali ke masa lalu, itu adalah keputusan besar dan saya rasa itu tepat buat saya. Banyak perkara berubah dengan cepat dalam bola sepak dan saya senang dengan keputusan ini (menyertai Ajax) dan saya rasa kesempatan ini terlalu besar untuk saya tolak.”
Jordan Henderson sudah membuat lima penampilan bersama Ajax dalam saingan Liga Eredivisie serta tiga aksi Europa Conference League dan telah mencipta satu bantuan jaringan.