Salah seorang hos rancangan podcast ternama, Keluar Sekejap iaitu Khairy Jamaluddin dilaporkan menjadi calon utama bagi menjadi presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu.

Perkara ini dilaporkan oleh Harian Metro dimana nama Khairy mula menjadi sebutan sejak isu surat layang beredar di laman media sosial baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Benar, memang sekarang ada dengar nama Khairy katanya calon untuk gantikan Presiden sekarang. Tapi itu hanya cakap-cakap sahaja, kesahihan tak tahu lagi.

“Ini mungkin ‘gendang’ pemilihan FAM yang dah mula dimainkan sebab pemilihan pun dah tak lama hanya tahun depan saja,” kata sumber yang memberitahu kepada Harian Metro.

FAM

Khairy tidak asing dengan arena bola sepak tanah air dimana beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Presiden FAM dari tahun 2007 hingga 2010.

Beliau juga memainkan peranan penting dalam terlahirnya Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) termasuk mewujudkan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) sebagai pusat melahirkan pemain muda berbakat.

Isu surat layang sememangnya menggegarkan arena bola sepak tanah air dimana dalam surat tersebut, individu yang menghantar surat mendedahkan salah laku yang dilakukan oleh pegawai atasan dalam badan bola sepak negara itu.

Empat perkara utama yang dibangkitkan dalam email tersebut ialah penyalahgunaan kuasa oleh Setiausaha Agung, isu gaji yang melibatkan pekerja FAM, isu pasukan kebangsaan dan projek pusat latihan.

Presiden FAM iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin mengulas mengenai surat layang yang beredar dimana beliau menganggap surat itu sebagai satu fitnah dan tohmahan semata-mata selain datang daripada pihak yang mempunyai rasa tidak puas hati dengan kepimpinan tertinggi FAM.

Oleh itu, Datuk Hamidin menegaskan pihaknya akan melakukan siasatan dalaman bagi mencari sumber ataupun individu yang menghantar surat tersebut.

“Kalau surat seperti ini dihantar setiap masa, letih juga kita nak melayan. Kami telah bersetuju untuk melakukan siasatan dalaman dan mencari punca dari mana dan siapa yang menghantar email ini.

“Sekiranya ada staf FAM yang terlibat, maka kita akan mengambil tindakan terhadap beliau,” katanya.