Bros Gang sebelum ini mendapat kecaman hebat daripada netizen dan tokoh agama di Malaysia kerana menjemput Hot Daddy ke podcast mereka.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, melahirkan rasa kesal terhadap tindakan sebuah pencipta kandungan yang menjemput ‘Hot Daddy’ sebagai tetamu podcast mereka.
Mufti Gesa Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Podcast Jemput Hot Daddy
Ramai lagi yang mengecam tindakan BGTV yang dianggap tidak sensitif dan mengejar views semata mata.
Semalam Hot Daddy tampil membuat penjelasan bahawa, dia dan Bros Gang memang kawan baik. Dan mereka tidak ada membuat sebarang podcast seperti yang didakwa.
Hot Daddy berkata: “Hai selamat petang, so hari ini Daddy nak jelaskan sendirilah tentang gambar saya dengan Bros Gang tu.
“Saya nak jelaskan bahawa memang kita tak ada buat sebarang video, atau podcast, interview atau apa sahaja, seperti yang didakwa.
“Jadi, itu hanya sekadar gambar sahaja. Saya dengan Bros Gang memang kawan, dia menjemput saya untuk lepak dan main game.
“So janganlah awak awak semua memberikan andaian atau fitnah benda yang tanpa kesahihan. Jadi, benda yang tidak ada bukti atau kesahihan itu dah jatuh fitnah, betul tak?
“Jadi, janganlah hanya sebab gambar tu, kamu semua terus cakap, oh dia ni pembuat zina, Bros Gang menyokong zina dan sebagainya.
“Saya rasa gambar gambar tu, tiada pun berunsurkan zina, tiada pula kami bergambar dengan perempuan atau berpakaian tak senonoh.”
Daddy Hot Ash kata dia takde buat podcast pun dengan Bros Gang Tv, tapi gambar yang tersebar tu hanyalah sebagai jemputan lepak daripada brosgang sebab diorang kawan 🤔 pic.twitter.com/BDSvihNiBw
— beautifulnara (@beautifulnara) February 8, 2024
Betul ke netizen fitnah Bros Gang dan Hot Daddy?
Sebelum ini Bros Gang sendiri mengesahkan bahawa BGTV dan Hot Daddy dalam sesi podcast. Bros Gang menulis di IG rasmi mereka: “Sebelum kejadian perang dingin antara BGTV vs ‘Hot Daddy’ Malaysia dalam video podcast.. BGTV just cakap apa yang patut sahaja … selebihnya terletak pada awak bro. Tapi cara awak gerak tadi tak nice bro..”
Kemudian BGTV memuat naik penjelasan tentang podcast tersebut:
“Penyebaran gambar BGTV bersama Hot Daddy telah mendapat perhatian netizen di internet serta segala perspektif persoalan positif dan negatif disuarakan.
“Untuk pengetahuan semua, BGTV tidak pernah menyokong mana mana pihak yang melakukan perkara yang tidak bermoral. Malah, BGTV melawan dan mencegah perkara-perkara tersebut.
“Di dalam podcast tersebut, beberapa perkara yang telah berlaku. Perdebatan yang hebat telah berlaku antara kami dan tetamu.
“BGTV adalah satu platform reality showcase. Maka segala video yang dikeluarkan berdasarkan realiti kehidupan.
“Pahit manis memang kena telan. Semoga kita semua sentiasa dirahmati.”
Malangnya siaran itu semalam sudah tidak wujud:
Namun ada media yang sempat menangkap layar penjelasan tersebut:
Jadi, netizen memberikan komen berdasarkan kenyataan BGTV sendiri.
Hot Daddy sebelum ini dicekup polis bersama dengan enam wanita kerana kesalahan mempromosi persundalan. Dia turut disiasat kerana merakam video zina bersama kira kira 20 wanita untuk dijual di platform atas talian.
Hot Daddy dibebaskan dengan jaminan polis setelah dia merayu untuk diberikan ikat jamin kerana masih ada ayah yang ada sejarah sakit buat pinggang dan 3 orang anaknya yang masih di bawah tanggungannya.
Mahkamah awalnya tidak memberikan ikat jamin untuk kesalahan seperti ini kerana menilai impak perbuatan mereka kepada masyarakat. Namun membenarkan Hot Daddy dan enam lagi wanita itu diikat jamin, sementara menunggu sebutan semula kes tersebut pada 12 dan 26 Mac akan datang.
Enam ‘Pelakon’ Wanita Ditahan Kerana Berlakon Dengan Hot Daddy