Impian mahu jadi live host musnah buat seorang influencer media sosial ini selepas ditipu dengan tawaran kerja di Facebook dan mengalami kerugian apabila wangnya sebanyak RM16,799 lesap dari dalam akaun.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata mangsa adalah seorang wanita tempatan telah diperangkap oleh sindiket penipuan pekerjaan apabila dia ditawarkan kerja di dalam talian sebagai ‘live-host’.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Difahamkan mangsa tertarik untuk memohon pekerjaan tersebut apabila melihat iklan di Facebook (FB) yang menawarkan komisen sebanyak RM1,000 dengan minima kerja 30 jam seminggu.

Ketua polis menjelaskan bahawa mangsa tertarik dengan tawaran berkenaan dan berhubung dengan akaun Facebook (FB) itu kemudian mendaftarkan diri menerusi satu aplikasi.

Mangsa kemudian diminta untuk mendaftar maklumat peribadi serta dikenakan caj RM1 sebagai pendaftaran dalam satu aplikasi bagi mendapatkan kerja yang ditawarkan itu.

Selepas itu, mangsa mengisi maklumat peribadi perbankannya serta kata laluan untuk membayar caj pendaftaran berkenaan menerusi aplikasi yang diberi namun aplikasi tersebut memberi mesej proses pembayaran tidak berjaya.

Namun, semasa melakukan transaksi pembayaran, mangsa berusia 28 tahun itu mendapati wang di dalam akaun banknya lesap setelah berlaku permindahan wang dalam jumlah yang besar.

Susulan kes tersebut, pihak polis menasihati agar orang ramai tidak mudah terpedaya dengan tawaran pekerjaan lumayan di laman sosial. Anda pula jangan sewenang-wenangnya memuat turun aplikasi daripada sumber yang tidak diketahui kerana berpotensi tinggi hanyalah perangkap untuk mencuri info anda.