Badminton Terbuka China 2025 – Final [27 Julai 2025, bermula 1.00 petang] 

Para peminat badminton tanah air boleh menyaksikan siaran langsung final Kejohanan Badminton Terbuka China 2025 yang bermula 1.00 petang ini menerusi saluran yang disediakan di bawah.

Baca Juga:

Siaran Langsung Final Terbuka China 2025

1) Astro Badminton 815

2) Youtube Rasmi BWF TV

Terdapat dua pilihan buat anda yang pastinya tidak berkesempatan untuk ke Changzhou Olympic Sports Center Gymnasium bagi menyaksikan secara langsung di depan mata aksi pasangan negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berdepan Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri.

Aaron Chia
Kredit Foto: NSTP/EFFENDY RASHID

Perlawanan menentang pasangan yang baharu sahaja digandingkan itu dijangka berlangsung antara jam 4.20 hingga 5.00 petang ini.

Yang pertamanya anda perlu melanggan pakej Astro atau Sooka untuk menonton aksi-aksi menarik bintang ternama dunia itu.

Jangan risau jika tidak melanggan saluran Astro kerana anda masih boleh menonton secara ‘Live Streaming’ di laman Youtube rasmi BWF TV tetapi perlu menggunakan akses VPN terlebih dahulu.

Tiada sebarang siaran langsung di saluran percuma tanah air.

Ini merupakan pentas final kelima buat Aaron-Wooi Yik pada tahun ini dimana sebelum ini mereka layak ke final Kejohanan Asia, Terbuka Thailand, Malaysia Masters dan Terbuka Singapura.

Daripada empat kejohanan tersebut, Aaron dan Wooi Yik berjaya mengungguli tiga saingan.

Ini juga menjadi peluang terbaik buat Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk meraih kejohanan berstatus Super 1000 pertama kali dalam karier mereka.