Perlawanan separuh akhir kejohanan Ho Chi Minh City Futsal Open 2023 yang menemukan skuad futsal Selangor dan wakil tuan rumah, Sahako FC bakal berlangsung jam 6.00 petang ini.

Seperti dilaporkan sebelum ini, Selangor yang dibimbing Edgar Eder Baldsso cemerlang di pusingan awal dengan kemenangan ke atas Sanvinest Khanh Koa 3-0, Black Pearl United 5-2 dan Thai Son Nam 3-0 untuk mengungguli kumpulan B.

Baca Juga:

Siaran langsung perlawanan ini boleh disaksikan di laman Youtube HFF Media dan Facebook LS CUP – HO CHI MINH City Open Futsal Tournament.

Aksi menarik pasti bakal ditampilkan kedua-dua pasukan dengan Selangor kini berada di kemuncak prestasi manakala Sahako juga tidak mahu kecewa di laman sendiri.

Selepas berakhir tiga perlawanan, Wellington Pereira Rodrigues Adao cemerlang dengan empat gol dihasilkannya buat Selangor.

Pemain muda sedang meningkat naik,  Syahir Iqbal Khan Akbar Khan turut mempamerkan aksi bertenaga untuk mengumpul tiga gol bersama seorang lagi pemain import, Matheus Vasconcelos Silva.

Pemenang pertemuan skuad futsal Selangor dan Sahako ini akan beraksi menentang Thammasat Stallion dari Thailand setelah berjaya menewaskan Thai Son Nam 4-1 pada aksi yang berlangsung pada jam 4.00 petang tadi.

Aksi menarik ditampilkan Selangor dalam kejohanan jemputan di Vietnam ini mampu menjadi tonik berguna menjelang kempen Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) yang difahamkan bakal bermula pada 17 Februari nanti.

Selangor merupakan juara bagi dua edisi berturut-turut (2019 dan 2022) tetapi gelaran itu dirampas Pahang Rangers pada musim lalu.