Skuad futsal Selangor mengekalkan rekod kemenangan bersih dalam kejohanan Ho Chi Minh City Futsal Open 2023 apabila menewaskan wakil tuan rumah, Thai Son Nam 3-0 pada aksi ketiga peringkat kumpulan B yang berlangsung di Stadium Lanh Binh Thang petang semalam.

Kemenangan ketiga berturut-turut itu menjadikan Selangor selaku juara kumpulan dan akan berdepan sebuah lagi kelab dari Vietnam, Sahako FC pada aksi separuh akhir yang akan diadakan esok.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sementara itu dalam satu lagi aksi separuh akhir, Thai Son Nam akan berhadapan dengan kelab dari Thailand, Thammasat Stallion.

Skrip yang hampir sama berlaku seperti perlawanan bertemu Black Pearl United dimana penjaga gol, Syaifuddin Syukri Ibrahim Lincoln memainkan peranan penting dalam menafikan setiap asakan berbahaya dijelmakan para pemain Thai Son Nam.

Kali ini lebih menarik apabila beliau berjaya mengelakkan gawangnya daripada dibolosi sepanjang 40 minit permainan.

Pemain muda meningkat naik, Syahir Iqbal Khan Akbar Khan membuka tirai jaringan selepas beliau bijak menghidu peluang untuk menolak masuk percubaan susulan keadaan kelam-kabut dalam kawasan D.

Syahir yang juga merupakan pemain skuad futsal kebangsaan melebarkan kedudukan selepas kuisannya setelah menerima umpanan Wellington Pereira Rodrigues Adao gagal diselamatkan penjaga gol lawan.

Wellington Pereira kemudiannya menjadikan kedudukan 3-0 untuk mengesahkan kedudukan skuad futsal Selangor selaku juara kumpulan B.