Kem Manchester United pada ketika ini pastinya tidak berada dalam keadaan baik selepas The Red Devils hanya 12 mata dipisahkan dengan zon penyingkiran.

Selepas mengharungi 25 perlawanan English Premier League (EPL), skuad kendalian Ruben Amorim itu mengumpul 29 mata hasil lapan kemenangan, lima keputusan seri dan 12 kekalahan dialami.

Baca Juga:

Terbaharu, United tewas kepada Tottenham Hotspur hasil jaringan tunggal pemain tengah, James Maddison di gelanggang lawan.

Keadaan yang sekali gus meletakkan Manchester United di kedudukan terburuk dalam tempoh 51 tahun sepanjang berada di saingan liga utama Inggeris.

Melihatkan kepada perkembangan terkini kelab yang semakin merudum serta sentiasa menjadi bahan ketawa, barisan pemain Manchester United telah mengambil inisiatif dalam usaha mereka untuk menaikkan kembali moral pasukan.

Menurut sumber laporan Goal, pemain United telah mengaturkan sesi makan bersama bagi mengeratkan hubungan berpasukan agar prestasi buruk dalam kempen liga dapat ditamatkan.

Mereka memutuskan untuk bertindak sedemikian untuk meningkatkan semangat berpasukan menjelang beberapa siri perlawanan penting perlu dilalui selepas ini.

Daripada tujuh perlawanan selepas ini dalam saingan liga, Manchester United akan berdepan cabaran Everton, Arsenal, Nottingham Forest, Manchester City dan Newcastle United.

Dengan keadaan pasukan yang sedang terumbang-ambing, lima lawan tersebut nyata sukar untuk dihadapi Bruno Fernandes dan rakan-rakannya.

Sehubungan dengan itu, aktiviti yang menjurus kepada usaha mengeratkan hubungan adalah sangat penting dan perlu dilakukan oleh kem Manchester United.

 

 

Sumber