Saingan Liga Korea merupakan salah satu liga terbaik di rantau Asia dimana kelab dari liga tersebut sentiasa mewarnai saingan elit di rantau ini bahkan ada juga kelab yang pernah muncul sebagai juara.
Liga K1 musim 2024 dibarisi oleh 12 kelab yang mana kelab yang dibimbing oleh bekas ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon iaitu Ulsan HD muncul sebagai juara.
Baca Juga:
- 6 Pasukan Liga Super Alami Tunggakan Gaji
- Gaji Di Malaysia Dijangka Naik 5% Pada Tahun Hadapan
- Pemain Import Liga A1 Dakwa Tidak Dibayar Gaji Sejak Awal Musim
Pernahkah anda terfikir berapa gaji yang dibayar oleh kelab Liga K1 kepada pemain mereka dalam semusim memandangkan ramai pemain bertaraf dunia beraksi di liga tersebut? Dalam artikel ini ada jawapannya.
💵 K League 1 Team Payroll Rankings
Ulsan HD – $14.41M
Jeonbuk Hyundai – $14.07M
FC Seoul – $10.21M
Daejeon Hana Citizen – $9.52M
Incheon United – $8.69M
Jeju United – $8.62M
Gwangju – $6.62M
Pohang Steelers – $6.55M
Suwon FC – $6.07M
Gangwon – $5.72M
Daegu – $3.38M#kleague pic.twitter.com/w6RmCR56eb— Korea Football News (@KORFootballNews) December 30, 2024
Menurut data yang dikeluarkan oleh Korean Football News di laman X, Ulsan muncul sebagai kelab yang paling tinggi membayar gaji kepada pemain musim ini dimana mereka berbelanja sebanyak $14.410 Juta atau sekitar RM64.5 Juta semusim diikuti oleh Jeonbuk Hyundai dengan $14.07 Juta atau sekitar RM63 Juta.
FC Seoul yang diperkuat oleh bekas pemain Manchester United, Jesse Lingard berada di tangga ketiga dengan $10.21 Juta atau sekitar RM45.7 Juta diikuti Daejeon Hana Citizen $9.52 Juta atau sekitar RM42.6 Juta.
Di tangga kelima ada Incheon United $8.69 Juta atau sekitar RM38.9 Juta diikuti Jeju United dengan $8.62 Juta atau sekitar RM38.5 Juta semusim. Gwangju berada di tangga ketujuh dimana mereka menghabiskan $6.62 Juta atau sekitar RM29.6 Juta semusim.
Empat kelab lain iaitu Pohang Steelers $6.55 Juta (RM29.3 Juta), Suwon FC – $6.07 Juta (RM27 Juta), Gangwon – $5.72 Juta (RM25.6 Juta) dan Daegu – $3.38 Juta (RM15.1 Juta).
Sekiranya kita membuat perbandingan antara jumlah gaji yang dibayar oleh kelab Liga Malaysia dan Liga Korea, jumlah ini tidak jauh beza namun perbezan yang ketara adalah dari segi kualiti dan tahap kompetitif yang jelas menjadi kelebihan bagi Liga K1.