Pengurus Bayern Munich, Vincent Jean Kompany difahamkan semakin hampir untuk mendapatkan rekrut sulungnya buat kelab gergasi Jerman itu.

Kompany menyertai Bayern Munich dari kelab yang kembali diturunkan pangkat ke EFL Championship, Burnley dan pasti berdepan tugas mencabar di Allianz Arena.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Seperti yang dilaporkan Fabrizio Romano beberapa hari lalu, pemain tengah Fulham kelahiran Portugal iaitu Joao Palhinha sudah menyatakan persetujuan untuk menyertai Bayern Munich.

Wartawan terkenal itu juga turut mendedahkan segala terma peribadi telah dipersetujui dengan Palhinha dan nilai perpindahannya dalam lingkungan £38 juta.

Sehubungan dengan itu, pemain berusia 28 tahun tersebut dijangka akan diumumkan sebagai pemain baharu Bayern Munich pada minggu hadapan.

Soccer Football – Premier League – Fulham v Manchester City – Craven Cottage, London, Britain – May 11, 2024 Manchester City’s Mateo Kovacic in action with Fulham’s Joao Palhinha REUTERS/David Klein 

Palhinha sebenarnya hampir menyertai Bayern Munich pada jendela perpindahan musim panas lalu dimana beliau sudah melepasi pemeriksaan kesihatan dan jersi kelab itu sudah di tangannya.

Namun, segalanya berakhir dengan kekecewaan berikutan kegagalan Fulham mencari pengganti beliau yang memaksanya kembali pulang ke London.

Sepanjang dua musim bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, Joao Palhinha membuat 79 penampilan dan menghasilkan lapan gol serta mencipta satu bantuan jaringan.

Jumlah gol dan bantuan jaringan itu bagaimanapun tidak menjadi masalah buat Vincent Kompany dan Bayern Munich kerana Palhinha merupakan pemain tengah bertahan.

Beberapa nama besar seperti Joshua Kimmich, Leon Goretzka, Leroy Sane dan Dayot Upamecano dikatakan bakal meninggalkan kelab Bavaria itu pada musim panas nanti.