Lagenda gusti, The Undertaker mengejutkan peminat bola sepak dunia apabila membuat kemunculan di atas padang sebelum aksi persahabatan antara Al Nassr menentang Al-Hilal di Kingdom Arena, Riyadh, Arab Saudi.

Situasi itu berlaku ketika bintang Portugal yang beraksi dengan Al Nassr, Cristiano Ronaldo sedang bersedia untuk memulakan perlawanan namun lampu stadium tiba-tiba terpadam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Undertaker hadir dengan melakukan ‘entrance’ ikonik beliau seperti di WWE sambil diiringi muzik latar yang seram.

Juara dunia tujuk kali WWE itu kemudian berjalan menuju ke arah trofi Season Cup yang ditutup kain lalu membukanya dan menjulang trofi berkenaan.

Tindakan dilakukan oleh Undertaker itu turut mendapat reaksi Ronaldo yang hanya mampu ketawa bersama rakan sepasukannya kerana ia dianggap sebagai persembahan melucukan.

Situasi itu turut menjadi bualan dalam kalangan peminat bola sepak dunia di laman sosial dan mereka berharap kedua-duanya tidak bergaduh di gelanggang gusti.

Dalam perlawanan itu, Al Hilal dinobatkan sebagai pemenang selepas menewaskan Al Nassr 2-0 hasil jaringan Millinkovic dan Salem Al Dawsari.

Undertaker sudah lama mengundurkan dirinya daripada dunia gusti setelah mendakwa “tidak ada lagi yang mahu dicapai” di gelanggang.

Ahli gusti berusia 55 tahun itu membuat pengumuman dalam episod terakhir siri dokumentari ‘The Last Ride’. Undertaker telah beraksi di dalam gelanggang sejak dia membuat aksi sulung WWF pada tahun 1990. Dia telah memenangi setiap kejuaraan dan acara sambil mencatat kemenangan luar biasa di Wrestlemania.